99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hohhot: Padang Rumput Celah Kota

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Julai 2024

Lorong Zhuanjiao. Foto ihsan Biro Budaya, Pelancongan, Radio dan Televisyen Hohhot

Lorong Zhuanjiao. Foto ihsan Biro Budaya, Pelancongan, Radio dan Televisyen Hohhot

Hohhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang sejarahnya menjangkau 2,400 tahun. Nama Hohhot ialah padanan fonetik bagi kata bahasa Mongol yang bermaksud kota hijau. Sejak purbakala, tempat ini menjadi titik pertemuan dan pertembungan tamadun-tamadun yang hidup di padang rumput dan bercucuk tanam.

Padang rumput terbentang luas dan kelainan budaya makanan antara yang dijanjikan oleh Hohhot buat setiap pelancong.

Teh susu periuk ala Hohhot. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Teh susu periuk ala Hohhot. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Di Hohhot, minum teh waktu pagi merupakan satu tradisi. Masukkan mentega, tauhu susu, jerki daging lembu, beras goreng dan ramuan-ramuan lain ke dalam periuk, kemudian tambahkan teh susu masin dan jerang kesemuanya sekali. Aromanya harum semerbak.

Pastri bakar ‘beizi’ berinti ladu gandum ‘shaomai’. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Pastri bakar ‘beizi’ berinti ladu gandum ‘shaomai’. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

‘Beizi’ dengan ‘shaomai’, satu gandingan klasik yang digemari penduduk tempatan. ‘Beizi’ ialah sejenis pastri bakar yang kulitnya garing. Orang Hohhot gemar memakannya dengan ladu gandum yang dipanggil ‘shaomai’ sebagai inti.

Sate barbeku dan mi ubi kentang. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Sate barbeku dan mi ubi kentang. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Pada waktu malam pula, barbeku menjadi kelaziman. Kebab daging lembu, sate daging kambing dan mi ubi kentang, kombinasi unik yang menjadi pilihan orang tempatan.

Produk tenusu. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Produk tenusu. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Produk tenusu tradisional juga satu kemestian. Susu tulen dan mi, dibaluti tauhu susu dan keju segar, maka jadilah kuih tauhu susu yang cukup popular dalam kalangan orang muda.

Denai Daqingshan. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Denai Daqingshan. (People’s Daily Online/Zhao Mengyue)

Selain sajian lazat, pemandangan indah juga menanti. Padang rumput Chilechuan yang mendapat jolokan “halaman belakang” penduduk tempatan, terletak di kaki gunung Daqing di timur laut Hohhot, sekitar 20 kilometer dari pusat bandar.

Pada suatu masa dahulu, muka depan gunung Daqing tanahnya gurun dan gersang. Sejak terlaksananya projek perlindungan dan pengurusan komprehensif ekologi di Hohhot, lebih 30,000 ekar tanah berjaya dihijaukan semula melalui campur tangan manusia. Bermacam-macam spesies flora dan fauna telah beransur-ansur kembali ke padang rumput tersebut. Ini sekali gus meningkatkan penghasilan rumput kering sebanyak hampir 12 kali ganda, di samping menyokong pensekuesteran karbon dan pelepasan oksigen.

Jalan Makanan Kuanxiangzi. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Jalan Makanan Kuanxiangzi. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Di Hohhot, penduduk dan pelancong boleh bersama-sama menikmati keindahan pemandangan padang rumput di celah-celah kota.

Kota hijau indah, bandar padang rumput, menggamit kedatangan anda.

Video

Berita Berkaitan