99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Chengdu Jadi Tuan Rumah Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024 (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 29 Ogos 2024
Chengdu Jadi Tuan Rumah Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024
Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024 membuka tirai di Chengdu pada Rabu. (People's Daily Online/Weng Qiyu)

Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024 anjuran bersama oleh People’s Daily, Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Provinsi Sichuan dan kerajaan tempatan Sichuan membuka tirainya pada Rabu di Chengdu, provinsi Sichuan.

Pada edisi kali ini, forum tersebut telah dihadiri oleh dihadiri 200 orang pengamal media, pegawai kerajaan, ahli akademik dan wakil perusahaan dari 76 negara.

Rata-rata peserta forum bersependapat bahawa meskipun Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah diusul oleh China, namun seluruh dunia berkongsi peluang dan kejayaannya.

Mereka berpendapat bahawa kerjasama antarabangsa di bawah rangka BRI berkembang kukuh dan mencapai pencapaian yang cukup cemerlang sejak ia mula dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping ini pada 2013.

Difahamkan, antara lain yang dikongsikan adalah peranan media sebagai wadah penting dalam menunjukkan pencapaian pembangunan dan merangsangkan lagi kerjasama yang pragmatik.

Turut hadir pada acara tersebut ialah ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Ketua Jabatan Publisiti PKC, Li Shulei, yang juga memberi ucapan pada pembukaan forum itu.

Semasa acara itu berlangsung, satu inisiatif baharu mengenai kerjasama media Jalur dan Laluan iaitu “Inisiatif Chengdu” turut dilancarkan.

Video

Berita Berkaitan