99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Anggota RCEP Cari Peluang Pelaburan di Hainan

(CRI)Isnin 17 April 2023

Sebanyak 10 buah anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) melibatkan diri dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi 2023 di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Petra Jaya, syarikat perkebunan kopi dari Sarawak Malaysia menyertai ekspo terbabit untuk pertama kali pada tahun ini. Seorang petugas dari syarikat itu optimistik terhadap pasaran China dengan harapan agar mempopularkan jenamanya dalam senario global menerusi platform Hainan.

"Setelah berkuatkuasa di Malaysia, RCEP dipercayai kondusif bagi mengurangkan kos perdagangan perusahaan dan pelabur, menggalakkan pertumbuhan perdagangan kargo, dan membantu kopi Sarawak dieksport ke lebih banyak pasaran anggota RCEP."

Kapal Api, konglomerat Indonesia yang melibatkan diri dalam ekspo tersebut untuk pertama kalinya, memilih meneroka pasaran Hainan menerusi sebuah kafe yang baru dibukanya di bandar Haikou.

Sementara itu, Jepun menampil buat kali ketiga dalam ekspo berkenaan menerusi pengendalian pavilion negaranya yang seluas 1,800 meter persegi lebih, yang merangkumi 250 jenama dari 50 buah syarikat, sekali gus menduduki tempat pertama dalam ranking RCEP berhubung keluasan pameran dan jumlah jenama yang terlibat. Pengarah Perwakilan Persatuan Penggalakan Perdagangan Jepun di Guangzhou memaklumkan, jumlah perusahaan Jepun yang terlibat dalam CICPE bertambah banyak kebelakangan ini, sementara itu mereka dapat mengecapi lebih banyak peluang baharu berkat pelaksanaan RCEP.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan