99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Keterbukaan Mustahak bagi Kemakmuran Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 Januari 2023
Keterbukaan Mustahak bagi Kemakmuran Dunia

Dengan berkuat kuasanya perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) di Indonesia pada 2 Januari, cakupan pelaksanaan perjanjian itu kini meliputi 14 daripada 15 pemeterai, memperlihatkan kedinamikan dan daya tarikannya bahkan menyuntik momentum baharu ke dalam integrasi ekonomi serantau.

RCEP, yang juga merupakan kawasan perdagangan bebas dengan populasi terbesar, telah mengeratkan hubungan perdagangan para anggota dengan langkah-langkah yang memudahkan aliran bebas dan aglomerasi efisien faktor pengeluaran seperti menurunkan cukai, memperluas akses pasaran dan sebagainya. Ini menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau yang lebih berkualiti dan mendalam serta menyuntik tenaga positif untuk kemakmuran serantau dan dunia, memberi manfaat konkrit bagi perusahaan dan rakyat.

Statistik menunjukkan pada separuh pertama 2022, nilai eksport Korea Selatan dan Singapura ke negara anggota RCEP lain meningkat 18.7% dan 19.1% masing-masing. Dalam sembilan bulan pertama 2022, jumlah nilai eksport dan import antara Thailand dengan negara anggota lain tumbuh 10.1% tahun ke tahun.

Oramon Sapthaweetham, ketua pengarah Jabatan Rundingan Perdagangan di bawah Kementerian Perdagangan Thailand, berpandangan bahawa manfaat yang paling jelas selepas RCEP berkuat kuasa adalah mempertingkatkan lagi perdagangan antara anggota dan integrasi ekonomi serantau.

Zulkifli Hassan, menteri perdagangan Indonesia juga berkata, eksport barangan dan perkhidmatan dijangka bertambah melalui RCEP, yang akan mendorong perkembangan rantaian bekalan serta pemindahan teknologi.

Dalam situasi pelaburan global naik turun pesat ini, kebanyakan anggota RCEP menggunakan pelaburan langsung asing (FDI) sebagai indeks pertumbuhan. Baru-baru ini, Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara, mencerminkan kesan RCEP dalam mendorong perkembangan ekonomi serantau.

China, entiti ekonomi terbesar antara anggota-anggota RCEP, berpegang pada multilateralisme yang benar dan regionalisme yang terbuka. Sejak sekian lama, China bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memacu pembangunan perdagangan barangan, memastikan keberkesanan dasar keutamaan berhubung peraturan asal, mewujudkan pelaksanaan prosedur kastam dan peraturan kemudahan perdagangan yang berstandard tinggi, dan meningkatkan tahap keterbukaan perdagangan dalam perkhidmatan supaya perjanjian RCEP dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti.

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, jumlah nilai import dan eksport China dengan negara anggota lain RCEP merekodkan 11.8 trilion yuan, iaitu meningkat 7.9% berbanding tahun lepas, menduduki 30.7% daripada jumlah nilai import dan eksport China. Laporan yang dikeluarkan HSBC pada awal bulan November menjangka 93% daripada perusahaan negara anggota RCEP yang diwawancara akan merancakkan lagi perdagangan dengan China. Bagi lebih 40% daripadanya, urus niaga dengan China diramalkan meningkat sekurang-kurangnya 30%.

Pada masa ini, unilateralisme dan faham perlindungan semakin menjadi-jadi di seluruh dunia, sementara globalisasi ekonomi berdepan arus berlawanan dan ekonomi sejagat bergelut untuk pulih. Negara-negara Asia-Pasifik kini memasuki tempoh penting dalam pemulihan ekonomi pasca-pandemik, dan masing-masing mengalami gangguan dari segi rantaian bekalan, kekurangan sumber makanan dan tenaga, selain tekanan inflasi yang semakin tinggi.

Dalam konteks ini, anggota RCEP bekerjasama untuk mendorong pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif, moden, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan ini, dan mengeluarkan isyarat positif untuk mempertahankan multilateralisme, berpegang pada kerjasama terbuka, menyokong perdagangan bebas, dan mencapai kemakmuran bersama. Ini bukan sahaja penting untuk mengatasi kesukaran bersama-sama, justeru menyuntik momentum baharu untuk pembangunan globalisasi ekonomi yang mendalam.

Peter Drysdale, pengarah Institut Ekonomi Asia Timur di Universiti Nasional Australia, menegaskan bahawa, dalam tahun pertama selepas berkuat kuasa, RCEP telah menunjukkan potensi untuk memprojeksikan pencapaian perdagangan Asia kepada dunia.

Hal ini menunjukkan keterbukaan merupakan daya penggerak penting bagi kemajuan tamadun manusia dan juga satu-satunya jalan ke arah kemakmuran dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan