99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Makanan Tradisional Pesta Perahu Naga China Jadi Hidangan di Asia Tenggara (3)

Makanan Tradisional Pesta Perahu Naga China Jadi Hidangan di Asia Tenggara
Pemilik kedai Zongzi di Bangkok, Thailand, menunjukkan Zongzi buatannya. (People’s Daily Online/Jian Chengyuan)

Zongzi, iaitu sejenis hidangan tradisional China, diperbuat daripada beras pulut yang disumbat dengan pelbagai inti, serta dibalut dengan daun buluh. Menikmati zongzi adalah satu amalan tradisional pada Pesta Duanwu, yang juga dikenali sebagai Pesta Perahu Naga.

Setiap tahun tibanya perayaan itu, Zongzi bukan sahaja ada dijual di seluruh pelosok China, malah turut boleh didapati di pasar raya dan kedai makan di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia, terutamanya di kawasan penempatan orang Cina.

“Ribuan Zongzi dijual setiap hari. Lebih banyak lagi (akan dijual) dalam tempoh Pesta Perahu Naga,” ujar Mai Yan, salah seorang pemilik kedai Zongzi bersejarah 100 tahun di Bangkok, Thailand, yang juga generasi keempat pemilik kedai itu.

Di Thailand, sambutan Pesta Perahu Naga akan disusuli dengan jamuan serta penyembahan nenek moyang.

Manakala di Malaysia, menikmati Zongzi pada Pesta Perahu Naga juga kekal sebagai satu amalan dalam kalangan masyarakat Cina.

“Pertandingan membuat Zongzi diadakan setiap tahun di tempat kami,” kata Gan Tian Lo, Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street Melaka.

Antara aktiviti lain yang turut dilakukan sempena pesta itu adalah perlumbaan perahu naga, yakni satu lagi tradisi Pesta Perahu Naga boleh dilihat dalam kalangan masyarakat Tionghua di Asia Tenggara. Sebagai contoh, perlumbaan perahu naga telah menjadi satu aktiviti tahunan di Taman Pantai Timur Singapura dan ia turut disertai pasukan-pasukan dari seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan