99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pelancongan Dijangka Rancak pada Pesta Perahu Naga

Seorang kakitangan bekerja di bengkel syarikat pembuat perahu kayu di Taman Perindustrian Budaya Perahu Kayu Zhuhong, bandar Xinghua, provinsi Jiangsu, 19 Mei 2024. (foto/Xinhua)

Seorang kakitangan bekerja di bengkel syarikat pembuat perahu kayu di Taman Perindustrian Budaya Perahu Kayu Zhuhong, bandar Xinghua, provinsi Jiangsu, 19 Mei 2024. (foto/Xinhua)

Destinasi peranginan yang jaraknya dekat, yang juga menjanjikan suasana berunsurkan budaya tradisional China, menjadi-jadi popularitinya dengan ketibaan Pesta Perahu Naga kali ini. Festival itu pada tahun 2009 menjadi perayaan China pertama yang dimasukkan dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO.

Tahun ini, Pesta Perahu Naga, yang biasanya jatuh pada hari kelima bulan kelima kalendar qamari China, merupakan cuti umum tiga hari yang bermula pada hari Sabtu. Pelbagai aktiviti rakyat akan dianjurkan, termasuklah perlumbaan perahu naga, jamuan makan ketupat pulut atau zongzi, dan menggantung jambak daun hia (mugwort) untuk memohon berkat.

Agensi pelancongan dan orang dalam industri menjangka pelancong akan rancak bercuti, dengan mengatakan harga produk pelancongan kini lebih berpatutan. Tambahan pula, destinasi-destinasi berpemandangan indah akan kurang sesak kerana tempoh cuti tersebut kebetulan jatuhnya serentak dengan musim peperiksaan kemasukan universiti – yang juga dipanggil gaokao – yang bermula pada hari Jumaat.

Angka daripada portal Trip.com menunjukkan bahawa pakej pelancongan jarak dekat amat laris, dengan tempahan membabitkan destinasi yang jaraknya dekat meningkat 20 peratus tahun ke tahun setakat ini. Antaranya, produk pelancongan ke Nanjing di provinsi Jiangsu, Hangzhou di provinsi Zhejiang serta bandar Shanghai yang paling banyak ditempah.

Agensi pelancongan dalam talian Tuniu pula memaklumkan bahawa kebanyakan penggunanya mengatur jadual perjalanan dua atau tiga hari pada cuti pendek ini, dan minat mereka khususnya tertumpu pada destinasi-destinasi yang ada elemen budaya rakyat dan makanan lazat. Tempat-tempat yang memiliki pemandangan ladang atau budaya yang eksotik – misalnya Altay di wilayah autonomi Uygur Xinjiang – juga digemari, lebih-lebih lagi selepas drama televisyen memaparkan lokasi seumpama sebagai destinasi yang ‘trendy’.

Longguili, sebuah inap desa tepi sungai di Foshan, provinsi Guangdong, tidak kalah sambutannya seperti yang dapat dilihat daripada jumlah tempahan yang jelas meningkat. Ini kerana perlumbaan perahu naga akan diadakan di sungai itu pada tempoh perayaan tersebut.

“Penginap boleh merasakan kehangatan perlumbaan dari tingkap bilik kami,” kata Lin Datao, pengurus Longguili. “Guangdong secara tradisinya sudah lama mewarisi semangat perlumbaan perahu naga, dan suasana musim cuti ini menarik kedatangan lebih ramai pengunjung.”

Video

Berita Berkaitan