- Lain-lain
Paus yang Diselamatkan di Selatan China Pulang ke Habitat (3)
Para petugas di atas kapal penyelidikan saintifik bersiap sedia untuk melepaskan paus pandu bersirip pendek "Haitang" pada 26 Mei 2024. (Xinhua/Zhang Liyun) |
Paus pandu bersirip pendek yang telah diselamatkan di wilayah pulau Hainan, di selatan China terjun dari kapal penyelidikan saintifik ke dalam laut pada Ahad, iaitu selepas 145 hari diselamatkan, sekali gus menandakan ia pulang ke habitatnya.
"Ini adalah paus pandu sirip pendek pertama yang berjaya diselamatkan di China," kata Pu Bingmei, setiausaha agung organisasi bukan untung BlueRibbon Ocean Conservation Association (BROCA).
Menurut beliau, kes seperti itu boleh dijadikan sebagai rujukan penting terhadap kerja-kerja menyelamat marin.
Paus jantan, Haitang ditemui cedera dan terdampar di Teluk Haitang, bandar Sanya pada 3 Januari. Ia kemudiannnya dihantar ke pusat pemuliharaan haiwan Haichang selepas satu kerja bersepadu dilaksanakan, dan nama Haitang iaitu tempat ia diselamatkan seterusnya diangkat menjadi nama paus itu.
Pada awalnya, Pu menjangkakan bahawa Haitang sangat lemah sehingga berdepan risiko lemas di dalam air. Lebih 100 sukarelawan BROCA bergilir-gilir menjaganya di dalam kolam sepanjang masa.
Akibat tindak balas tekanan, ikan paus itu juga pernah menyerang seorang sukarelawan, namun tingkah laku itu tidak mematahkan semangat sukarelawan.
Sepanjang bulan lalu, Haitang telah berkembang daripada 3.6 meter panjang kepada 3.7 meter, dan ukuran dadanya menaik daripada 1.9 meter kepada 2 meter.
"Ia kini boleh makan dan menyelam secara normal," kata doktor haiwan Xiong Chunlin di pusat pemuliharaan tersebut.
Pada 7 Mei, selepas penyiasatan dan perbincangan, pakar bersetuju bahawa ikan paus itu telah memenuhi syarat untuk dilepaskan ke habitatnya.
Selepas menentukan pelan pelepasan, pusat pemuliharaan haiwan Haichang membuat tangki air khas untuk ikan paus itu, manakala BROCA berjaya mendapatkan kenderaan dan kapal untuk pengangkutan, dan Haitang akhirnya kembali ke laut selepas beberapa latihan dilakukan.
Untuk mengesan dan memantau keadaannya, saintis telah memasang peranti pada bahagian belakangnya.
“Saya yakin Haitang boleh menemui rumahnya dan hidup sihat di laut,” kata Pu.
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi
- Berjuang Lawan Penggurunan di Ningxia
- Rumah Burung di Menara Elektrik Chongqing
- Jurugambar Seru Perlindungan Alam melalui Foto
- Cara Kreatif China Lawan Pencemaran Plastik Laut Dapat Anugerah PBB
- China Keluarkan Kertas Biru Tetapkan Lingkungan Merah Perlindungan Ekologi
- Hubungan Gajah, Penduduk Xishuangbanna Makin Baik
- Ucapan Xi mengenai Perlindungan Ekologi Dapat Pujian
- 15 Spesies Ikan Paus Dilihat di Laut China Selatan
- China Galak Modenisasi Berteraskan Simbiosis Manusia, Alam Sekitar