99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menggilap Kecemerlangan Canton Fair pada Era Baharu: PM Li

(CRI)Jumaat 19 April 2024

Perdana Menteri China Li Qiang menekankan bahawa adalah perlu untuk memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, mengekalkan pembangunan inovatif, dan terus menggilap kecemerlangan Canton Fair pada masa yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika meninjau di zon Pavilion Perusahaan di Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-135 di Guangzhou, pada Khamis.

Li menggalakkan sektor korporat domestik untuk terus meningkatkan kemampuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendorong transformasi ke arah pendigitalan, pintar dan mesra alam, mempercepatkan peralihan dari zaman 'buatan China' ke zaman 'ciptaan China', dan berusaha menjadi perintis dan pelopor dalam industri masing-masing.

Li menunjukkan lagi bahawa hendaklah terus meningkatkan populariti dan pengaruh jenama domestik dengan memanfatkan platform Canton Fair, dan memastikan baik kualiti mahupun kuantiti terjamin dalam bidang perdagangan luar.

Beliau juga mengikuti sesi temu mesra dengan perwakilan pembeli dari seluruh dunia, menggalakkan mereka memainkan peranan sebagai jambatan dalam memperkasakan kerjasama China dengan luar, bahkan kerjasama menang-menang dengan dunia.

Video

Berita Berkaitan