99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Canton Fair Buka Tirai, Catat Ledakan Pembeli Luar Negara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 April 2024
Canton Fair Buka Tirai, Catat Ledakan Pembeli Luar Negara
Seorang pembeli (kiri) berbual dengan pempamer semasa Canton Fair ke-135 di Guangzhou, Provinsi Guangdong, di selatan China, pada 15 April 2024. (Xinhua/Liu Dawei)

Pameran Import dan Eksport China atau turut dikenali sebagai ‘Canton Fair’ yang ke-135 membuka tirainya di Guangzhou, ibu kota Provinsi Guangdong di selatan China, pada Isnin.

Setakat Ahad, sekitar 149,000 pembeli dari 215 negara dan kawasan telah melakukan pra-pendaftaran untuk acara itu, sekali gus memperlihatkan peningkatan sebanyak 17.4 peratus berbanding edisi yang terdahulu.

Keghairahan pembeli luar negara untuk mengambil bahagian juga semakin bertambah, dengan kemasukan pembeli yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat, negara Timur Tengah, negara peserta Inisiatif Jalur dan Laluan, dan negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Dijadualkan berlangsung sehingga 5 Mei, pameran itu mempunyai sekitar 74,000 gerai pameran, dengan lebih 29,000 pempamer dijangka mengambil bahagian.

Pameran yang meliputi kawasan seluas 1.55 juta meter persegi itu merangkumi pelbagai sektor termasuk pembuatan, kenderaan tenaga baharu bateri litium dan sel solar.

Menurut penganjur, lebih daripada 600 aktiviti promosi perdagangan telah dirancang, secara tidak langsung meluaskan skala dan capaian pameran tersebut.

Canton Fair yang dilancarkan pada 1957 tersebut dilakukan sebanyak dua kali setahun, dan dianggap sebagai kayu ukur utama kepada perdagangan luar China.

Video

Berita Berkaitan