99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Canton Fair Ke-133 Berakhir

(CRI)Jumaat 05 Mei 2023

Ekspo Import dan Eksport China atau Canton Fair edisi ke-133 melabuhkan tirainya hari ini.

Sehingga 4 Mei, seramai 2.83 juta orang mengunjungi ekspo itu secara fizikal.

Di samping itu, kira-kira 35 ribu firma dari dalam dan luar negara membawa hampir sejuta jenis produk mereka ke pameran tersebut.

Untuk rekod, keluasan pameran dan jumlah penyertaan firma bagi ekspo edisi kali ini masing-masing membaharui rekod.

Difahamkan, tiga ruang pameran baharu turut ditambah pada edisi kali ini iaitu automasi perindustrian dan pembuatan cerdas, kenderaan tenaga baharu dan cerdas, serta barang kegunaan ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak.

Selain itu, tiga ruang pameran khas juga didirikan iaitu kehidupan pintar, barang kegunaan warga emas, serta barang pemeriksaan dan pelindung.

Ruang-ruang tersebut menyediakan platform yang lebih meluas dan peluang baharu kepada lebih banyak firma untuk meneroka pasaran.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Canton Fair telah menjadi platform penting bagi perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Skala import ekspo kali ini terus ditingkatkan dengan penglibatan sebanyak 370 firma dari negara-negara terlibat BRI, sekali gus menduduki 73 peratus dalam jumlah penyertaan firma asing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan