99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Bertemu Presiden Yayasan Merieux

(CRI)Selasa 09 April 2024

Presiden China Xi Jinping bertemu Presiden Yayasan Merieux Alain Merieux dan isterinya di Beijing, hari ini.

Xi menyatakan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan pasangan Perancis itu dalam mendorong perkembangan hubungan China-Perancis serta sektor perkhidmatan perubatan dan kesihatan China.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis.

Sepanjang enam dekad lalu, hubungan kedua-dua negara dikembangkan dan diwarisi dari generasi ke generasi, menyaksikan ikatan persahabatan kekal utuh, kata Xi.

Beliau berkata China bersedia memperkukuh pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Perancis, memperkasa interaksi dan kolaborasi, serta melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Memandangkan kerjasama China-Perancis membabitkan perubatan dan kesihatan beroleh hasil yang menggalakkan, Xi menambah bahawa Yayasan Merieux dialu-alukan untuk terus memperdalam kerjasama seumpama dengan China.

Sementara itu, Merieux meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang bertemu Presiden Xi.

Menurutnya, beliau sentiasa memberi perhatian dan mengagumi pembangunan dan kemajuan China.

Yayasan Merieux akan terus aktif terlibat dalam usaha memantapkan ikatan persahabatan dan kerjasama kesihatan Perancis-China, katanya.

Video

Berita Berkaitan