99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ucapan Video Presiden Xi pada Resepsi Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Ikatan Diplomatik China-Perancis

(CRI)Isnin 29 Januari 2024

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan video pada resepsi sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis yang diadakan di Beijing pada 25 Jan.

“Hari ini, kita berhimpun dan meraikan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis. Saya mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan mogaan baik kepada rakyat Perancis dan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada hubungan persahabatan kedua-dua negara.

“Penjalinan hubungan diplomatik China-Perancis pada 60 tahun lalu merupakan peristiwa penting dalam hubungan antarabangsa. Mendiang Pengerusi Mao Zedong dan Jeneral Charles de Gaulle membina jambatan persahabatan antara kedua-dua negara dengan kebijaksanaan dan keberanian yang luar biasa, membuka pintu untuk pertukaran dan kerjasama antara China dengan Barat, sekali gus membawa harapan kepada dunia yang dibelenggu Perang Dingin,” kata Xi.

Xi berkata, dalam tempoh 60 tahun, hubungan China-Perancis sentiasa berada di barisan depan hubungan China dengan Barat, membawa kebaikan kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberi sumbangan kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia.

Beliau menyatakan bahawa sejarah istimewa hubungan China-Perancis menghasilkan “Semangat China-Perancis”.

“Apabila saya mengunjungi Perancis pada sepuluh tahun lalu, saya merumuskan semangat itu sebagai ‘bebas dan berkecuali, saling memahami, berpandangan jauh, saling menguntungkan dan sama menang’. Pada masa kini, semangat ini lebih berharga.

“Berdepan situasi antarabangsa yang baharu, China dan Perancis harus menjunjung aspirasi asal penjalinan ikatan diplomatik, menyambut masa depan dan mencapai hasil yang lebih yang baharu,” ujar Xi.

Presiden Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara harus mempertahankan prinsip saling memahami, mengambil peluang Tahun Pelancongan dan Kebudayaan China-Perancis 2024 dan Sukan Olimpik Paris, agar memperluas pertukaran kebudayaan dan menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat.

Selain itu, menurut Xi, kedua-dua negara harus berpandangan jauh, bertindak mengikut arus perkembangan sejarah, bersama-sama menyokong multipolar dunia yang sama rata dan teratur, globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.

“Kita harus mempertahankan prinsip sama menang, meningkatkan kerjasama tradisional, di samping meneroka potensi dalam industri hijau, tenaga bersih dan lain-lain.

“Keterbukaan merupakan satu-satunya jalan ke kemakmuran. China bersedia bersama Perancis, bergembleng tenaga dan berkongsi peluang pembangunan dengan sikap terbuka,” kata Xi Jinping.

Video

Berita Berkaitan