99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi, Macron Saling Ucapkan Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Perancis

(CRI)Sabtu 27 Januari 2024

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron saling menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan ulang tahun ke-60 ikatan diplomatik kedua-dua negara hari ini.

Xi menyatakan, pada 60 tahun lalu, China dan Perancis memecah ais daripada mentaliti Perang Dingin dan menjalinkan hubungan diplomatik peringkat duta. Peristiwa bersejarah itu menggalakkan pola antarabangsa berkembang ke arah dialog dan kerjasama malah membawa erti penting hingga ke zaman sekarang. Sejak itu, kedua-dua negara sentiasa berpegang kepada prinsip dan strategi bebas dan berkecuali, berusaha mewujudkan pembangunan bersama melalui kolabrasi yang saling menguntungkan, menggalakkan pertukaran peradaban melalui pertukaran sama rata, dan berganding bahu menangani cabaran global melalui penyelarasan multilateral.

Xi berkata, hubungan dua hala China dan Perancis mencipta banyak "julung kali" dan membuahkan hasil yang menggalakkan. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat, bahkan memainkan peranan penting dalam memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, menggalakkan multipolar dunia dan mempraktikkan demokrasi dalam hubungan antarabangsa.

"Dunia dewasa ini berada di persimpangan. Sebagai dua negara besar yang bebas serta anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China dan Perancis harus mematuhi aspirasi asal, memikul tanggungjawab untuk bersama menempuh jalan pembangunan manusia yang damai, selamat, makmur dan maju.

"Saya bersedia bersama Presiden Macron untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis ke arah lebih kukuh dan dinamik demi kebaikan rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

Macron pula menyatakan, dunia sekarang menghadapi krisis yang tidak pernah muncul sebelum ini. Oleh itu, China dan Perancis serta China dan Eropah harus bergembleng tenaga untuk bersama mencari resolusi bagi cabaran global.

"Hubungan kedua-dua negara pulih dinamik secara menyeluruh pada tahun lalu dan diyakini kerjasama dua hala akan lebih maju pada tahun ini.

"Saya berharap bersama dengan Presiden Xi untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama dua hala dalam ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, belia dan lain-lain, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu global, memperkasakan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis dan menyambut enam dekad yang lebih cemerlang hubungan dua hala," kata Macron.

Video

Berita Berkaitan