99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL (2)

China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL
Penumpang penerbangan MU9629 bergambar dengan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, 16 Mac 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Penerbangan pertama antara Kunming dengan Kuala Lumpur kendalian China Eastern Airlines dirasmikan Sabtu lalu.

Penumpang penerbangan MU9629 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Kunming, barat daya China, disambut oleh Manoharan Periasamy, ketua pengarah Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Dengan adanya laluan baharu ini, wujud juga peluang besar untuk mengundang lebih banyak pelancong dari bandar-bandar peringkat kedua di China, lebih-lebih lagi sekarang ini dengan pelaksanaan dasar bebas visa untuk pelancong China datang ke Malaysia. Kerja-kerja promosi terus diperhebat untuk menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia dan keramahan rakyatnya kepada salah satu pasaran terbesar kami menerusi pejabat-pejabat Tourism Malaysia di China,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Sejak dasar pengecualian visa terhadap warga China dilaksanakan Disember lalu, terdapat peningkatan ketara dalam tempahan ke Malaysia. Pada 2023, Malaysia menyambut ketibaan seramai 1.47 juta pelancong dari China, suatu lonjakan eksponen sebanyak 593.4 peratus berbanding 2022.

Laluan terbaru oleh China Eastern Airlines yang menghubungkan Kunming dan Kuala Lumpur ini beroperasi setiap hari dengan kapasiti membawa 156 penumpang.

Video

Berita Berkaitan