99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mahasiswa dari Malaysia: Belajar di China, Peluang Berharga

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 Disember 2023

Foto menunjukkan Liang Wenbin di China. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

Foto menunjukkan Liang Wenbin di China. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

Liang Wenbin dari Malaysia sedang mengikuti tahun pertama kursus sarjana Sains dan Teknologi Komputer di Universiti Politeknik Barat Laut (NPU), China.

Pada mulanya, dia mendapati sukar untuk membiasakan diri dengan peralihan daripada iklim Malaysia yang seperti musim panas kepada cuaca musim gugur di Xi’an. Namun, ketibaan musim sejuk dilihatnya membawa satu aspek yang memikat, terutamanya buat diri yang sebelum itu belum pernah melihat salji.

Foto mengabadikan saat pelajar antarabangsa dari Malaysia, Liang Wenbin melihat salji untuk kali pertama di Xi’an. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

Foto mengabadikan saat pelajar antarabangsa dari Malaysia, Liang Wenbin melihat salji untuk kali pertama di Xi’an. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

“Dapat melihat salji, mungkin itu perkara yang paling mengejutkan bagi saya sejak lahir 22 tahun dulu,” kata mahasiswa itu.

“Kemudahan yang ada dalam kehidupan sehari-hari di China juga meluaskan lagi pandangan saya,” ujarnya. Berkongsi pengalamannya, Liang menceritakan bagaimana gerai-gerai pasar malam setempat dapat menerima bayaran e-dompet, menawarkan khidmat bawa pulang makanan secara efisien pada harga yang rendah, bahkan terdapatnya khidmat sewa powerbank di mana-mana sahaja.

“Sebaik sahaja saya sampai di China, saya jatuh cinta dengan makanan yang ‘berasa’ seperti stimbot pedas. Yang mengejutkan saya, di China ada stimbot bawa pulang, dan peniaga akan membekalkan periuknya sekali,” Liang berkata seraya tertawa.

Kini genap sedekad sejak penyaranan usaha sama untuk menjayakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sebagai seorang pelajar asing yang telah tinggal di China untuk beberapa tahun lamanya, Liang Wenbin juga mempunyai tanggapannya sendiri dalam perkara ini.

Foto menunjukkan Liang Wenbin menyertai majlis penyampaian ijazah di Universiti Politeknik Barat Laut (NPU), China. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

Foto menunjukkan Liang Wenbin menyertai majlis penyampaian ijazah di Universiti Politeknik Barat Laut (NPU), China. Foto disediakan oleh responden dan diterbitkan oleh China News Network.

“Peluang untuk saya datang belajar di China adalah antara limpahan manfaat daripada BRI. Selain sumber-sumber pendidikan, saya juga mendapat pelbagai bantuan daripada China, misalnya dari segi perdagangan dan perkhidmatan, yang beransur-ansur mengubah negara-negara yang sama terlibat dalam inisiatif itu, begitu juga kehidupan rakyat jelata di merata-rata dunia yang mendapat faedah setara."

“Sudah tentu saya berharap saya dapat membawa kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh (di China) pulang ke Malaysia, dan menyumbang kepada pembangunan ibu pertiwi. Ini juga satu sasaran dalam pembangunan bersama BRI.”

Video

Berita Berkaitan