- Lain-lain
China Konsisten Tingkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi pada 2024
China akan terus berinisiatif menyesuaikan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, yang merupakan sebahagian gerak kerja bagi meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi pada tahun 2024.
Menurut laporan kerja kerajaan yang dibentangkan untuk dibahaskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) hari ini, China akan giat mengeksport produk yang berkualiti, menguatkuasakan senarai negatif perdagangan perkhidmatan transnasional secara menyeluruh, mempercepat pembangunan sistem logistik antarabangsa, memendekkan senarai negatif tentang akses modal asing, membatalkan semua sekatan terhadap modal asing dalam sektor perkilangan, melonggarkan sekatan terhadap pelabur asing yang mengakses pasaran perkhidmatan yang termasuk telekomunikasi dan perubatan, menggalakkan pelabur asing menanam modal mengikut kategori perindustrian yang tersedia dan menanam lagi modalnya di dalam negeri China, di samping meningkatkan usaha dalam memudahkan warga asing yang bekerja, belajar atau melancong di negara ini.
Sementara itu, China akan memberikan mandat yang lebih besar kepada pelbagai zon ujian perdagangan bebas, berserta Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, mendorong pembangunan yang berkualiti di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, dan menumpu kepada perbincangan dengan lebih banyak negara dan rantau untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas dan pelaburan yang berspesifikasi tinggi.
- Laporan Keterbukaan Dunia 2023 Disiarkan
- Keterbukaan China Sediakan Pasaran Luas untuk Thailand
- China Terus Tingkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi
- Xi Beri Penekanan Ekonomi Terbuka, Peralihan Tenaga
- Xi Tinjau Jiangsu Sasarkan Pembinaan Sistem Perindustrian Moden
- Tulis Bab Baharu bagi Pembaharuan dan Pintu Terbuka: Xi
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Komited Luaskan Keterbukaan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi
- China Terbuka Terus