- Lain-lain
Tulis Bab Baharu bagi Pembaharuan dan Pintu Terbuka: Xi
Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa usaha harus diperkasakan untuk menjunjung tinggi prinsip asas, mempertahankan integriti dan mengadakan inovasi, bertindak bersungguh-sungguh agar menulis bab baharu bagi pembaharuan dan pintu terbuka dalam perjalanan baharu.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, berkata demikian dalam sidang pertama Jawatankuasa Memperdalam Pembaharuan Secara Komprehensif Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC pada petang Jumaat.
Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC secara menyeluruh, ulang tahun ke-45 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dan ulang tahun ke-10 sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC.
Untuk mencapai sasaran dan matlamat dalam perjalanan baharu pada era baharu, pemerkasaan pembaharuan secara komprehensif harus dijadikan sebagai penggerak asas bagi modenisasi ala China, ujarnya.
- China Sokong dan Galakkan Ekonomi Dunia yang Terbuka
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Komited Luaskan Keterbukaan
- China Terus Permudahkan Pertukaran Rentas Sempadan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi
- China Ulang Komitmen Terus Perluas Keterbukaan
- China Terbuka Terus