- Lain-lain
Xi Tinjau Jiangsu Sasarkan Pembinaan Sistem Perindustrian Moden
Presiden China, Xi Jinping ketika meninjau di provinsi Jiangsu, timur China baru-baru ini, memberi arahan yang menyasarkan pembinaan sistem perindustrian moden yang bertunjangkan perkilangan dan ekonomi fizikal supaya dapat mendorong pembangunan ekonomi kebangsaan ke arah yang berkualiti tinggi.
Jiangsu yang terletak di kawasan pesisir bahagian timur China menyerlah pada aspek dasar perindustrian, sumber sains dan pendidikan, ekosistem perniagaan dan skala pasaran, dan boleh diteladani atau dijadikan pelopor dalam pembinaan sistem perindustrian moden dan gerak kerja sepanjang modenisasi ala China.
Dalam tempoh peninjauan tersebut, Xi telah memberi arahan yang penting, misalnya hendaklah membela nasib ekonomi fizikal, memperkukuh dominasi industri tradisional, membentuk sistem perindustrian moden yang bertunjangkan perkilangan, terus mendorong pembangunan berkualiti tinggi dipacu inovasi sains dan teknologi, mendorong penaiktarafan teknologi dan produk kunci serta keupayaan pintar yang dibawa oleh teknologi baharu, dan meningkatkan keterjaminan dan keselamatan sumber tenaga di peringkat kebangsaan.
"Meningkatkan tahap keterbukaan" merupakan komponen utama dalam visi ekonomi Presiden Xi,
Xi menekankan bahawa China komited memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam operasi kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa, terus menarik pelaburan asing melalui inovasi, memperincikan pelaksanaan dasar pintu terbuka, membina hub terbuka yang mudah diakses dunia luar, bertindak inovatif mendorong perdagangan luar dan terus mengembangkan sayap ke pasaran antarabangsa.
- Xi Meninjau di Bandar Nanjing
- Xi Tinjau Bandar Cangzhou
- Tulis Bab Baharu bagi Pembaharuan dan Pintu Terbuka: Xi
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Komited Luaskan Keterbukaan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi
- Pembangunan Modenisasi China akan Berikan Lebih Banyak Peluang: Xi
- China Terbuka Terus