99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ekonomi China yang Cepat Pulih Suntik Keyakinan kepada Dunia

(CRI)Selasa 27 Februari 2024

Satu tinjauan pendapat umum yang dijalankan oleh CGTN di bawah Kumpulan Media China (CMG) dan Universiti Renmin China (RUC) menerusi Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baru di persada global mendedahkan bahawa 93.1% responden menyanjung tinggi ekonomi China yang kuat dan berpotensi, dan berpendapat bahawa ekonomi China yang kental dan akomodatif pada masa akan datang pastinya akan menyuntik keyakinan dan tenaga kepada ekonomi dunia yang dilihat masih lemah dalam pemulihan.

Ekonomi China telah mencatat rekod baharu dalam pelbagai bidang pada tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang baru berlalu. Misalnya, kutipan 'box-office filem' domestik melebihi RMB8 bilion (RM5.31 bilion); pelancongan inbound pula meningkat 34.3% tahun ke tahun, dengan mencatatkan 474 juta orang, sedangkan perbelanjaan berkaitan meningkat 7.7%, mencecah RMB632.7 bilion (RM419.9 bilion).

Menurut tinjauan tersebut, sebanyak 80.3% responden global mempunyai keyakinan besar terhadap keupayaan China dalam mempertahankan risiko, manakala 85.2% pula berpendapat bahawa ekonomi China kekal stabil untuk suatu jangka masa yang panjang.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi 2023 meningkat 5.2% berbanding 2022. Dalam tinjauan itu, 76.9% responden global memuji pencapaian China dalam pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi dan yakin ekonomi China berada di landasan berkembang ke arah yang lebih komprehensif dan seimbang.

Ekonomi China yang cepat pulih telah menyuntik banyak keyakinan kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam tinjauan itu, 79.6% responden sangat teruja terhadap sumbangan diberikan ekonomi China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia, manakala 73.6% responden pula berpendapat bahawa persekitaran perniagaan di China merupakan tarikan besar bagi pelabur global. Selain itu, 73.3% responden yakin bahawa China konsisten dalam peningkatan tahap keterbukaan pada masa hadapan dan boleh terus membawa peluang kepada dunia.

Video

Berita Berkaitan