99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Enjin Penting Pertumbuhan Ekonomi Dunia

(CRI)Rabu 26 Julai 2023

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menerbitkan “Laporan Prospek Ekonomi Dunia” edisi terkini. Ketua Bahagian Pengajian Ekonomi Dunia IMF, Daniel Leigh ketika menerima wawancara wartawan China Media Group (CMG) pada hari yang sama berkata, China yang menyumbang satu pertiga kepada pertumbuhan ekonomi global, tetap enjin penting bagi merancakkan landskap ekonomi dunia buat masa kini.

Laporan tersebut telah meningkatkan jangkaan ekonomi dunia kepada 3.0%, lebih tinggi 0.2% daripada yang dibuat pada April lalu. Daniel Leigh berkata, peningkatan unjuran dalam margin tipis itu tidak terlepas dari pemulihan yang luar biasa dalam sesetengah entiti ekonomi di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi global yang masih perlahan-lahan dan terperangkap dalam kelembapan ekoran inflasi.

Sementara itu, jangkaan IMF terhadap pertumbuhan ekonomi China tidak berubah. Daniel Leigh menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi China semakin pesat, dan pengeskportan bersih menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, walaupun penggunaan domestiknya masih kurang memberangsangkan. Oleh itu, China tetap enjin penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia. Selain itu, data ekonomi China bagi separuh tahun pertama 2023 yang diumumkan baru-baru ini mendedahkan Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) China meningkat 5.5%.

Daniel Leigh juga menyambut baik pelaksanaan dasar pintu terbuka di China, dan yakin negara ini boleh memainkan peranan yang amat penting dalam peningkatan tahap keterbukaan dan integrasi global.

Berita Berkaitan