99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

2023 Diharap Bawa Sinar Harapan kepada Kerjasama Global: Penyelaras PBB

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023

Tahun 2023 diharap bukan sahaja membawa harapan kepada China, malah kepada kerjasama seluruh dunia.

Demikian kata Penyelaras Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di China, Siddharth Chatterjee dalam ucapan Selamat Tahun Baharu China (TBC) 2023 kepada rakyat China di Beijing baru-baru ini.

Chatterjee, yang kini menyambut TBC ketiga di China beranggapan bahawa Tahun Arnab akan membawa penuh kedinamikan dan harapan.

“Saya berpendapat hubungan rakan antara PBB dengan kerajaan China melakar banyak hasil yang menggalakkan pada tahun 2022.”

“PBB dan China telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Bersama (JSC) Kerangka Kerja Kerjasama Pembangunan Mampan PBB (UNSDCF) untuk China bagi memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak,” kata beliau.

Chatterjee juga menzahirkan rasa optimistik terhadap tahun 2023.

“Pada awal bulan Februari nanti, pegawai kanan PBB, Csaba Korosi akan mengadakan lawatan ke Beijing yang merupakan lawatan rasmi kali pertamanya ke China setelah beliau dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB.”

“Pelaksanaan UNSDCF untuk China (2021-2025) memasuki fasa pertengahan pada tahun 2023, selain itu, kerjasama antara PBB dengan China juga memperoleh peluang baik susulan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) kerana kami akan menyenaraikan GDI ke dalam piawaian dan standard antarabangsa.”

“Ini sejajar dengan konsensus yang dicapai Setiausaha Agung PBB dengan Presiden China, dan dijangka menyuntik momentum yang jitu kepada kewujudan matlamat pembangunan mampan,” katanya.

Chatterjee menyatakan bahawa China ialah negara pembayar kedua terbesar baik dari segi yuran PBB, mahupun dari segi pembiayaan misi pengaman PBB. Beliau menganggap peranan China dalam PBB sebagai amat signifikan.

“COVID-19 masih menular di dunia, isu perubahan iklim dan ketidaksamarataan amat membimbangkan, selain itu konflik tercetus di beberapa tempat di dunia.”

“Sebagai negara anggota penting PBB dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China telah memainkan peranan sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut,” kata penyelaras itu. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan