99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perkara Penting Mengenai TBC (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Februari 2024

行(xing)-春運(yùn) (‘Demam’ Balik Kampung Sempena TBC)

Hari pertama TBC adalah khusus untuk ahli keluarga. Pada hari-hari seterusnya, orang ramai akan melawat saudara-mara dan rakan-rakan, bertukar-tukar salam dan hadiah. Ini dikenali sebagai "Ziarah Tahun Baharu."

Pada zaman moden, generasi muda biasanya tinggal di bandar besar yang jauh dari kampung halaman. Ini bermakna bahawa ketibaan TBC menandakan permulaan tempoh penghijrahan tahunan terbesar di dunia, yang dikenali sebagai ‘chunyun’, iaitu membawa ahli keluarga bersama walaupun dalam jarak yang jauh.

Tempoh kemuncak perjalanan iaitu tempoh permintaan pengangkutan yang tinggi apabila orang ramai pulang ke kampung akan berlangsung dari 26 Januari hingga 5 Mac tahun ini, manakala TBC, yakni perayaan terbesar di China pula akan jatuh pada 10 Februari.

Memetik Kementerian Pengangkutan pada 16 Januari, China dijangka menyaksikan rekod 9 bilion perjalanan penumpang semasa tempoh kemuncak tahun ini.

Naib Menteri Pengangkutan, Li Yang berkata bahawa perjalanan penumpang melalui kereta api, lebuh raya, laluan air dan penerbangan awam dijangka mencecah 1.8 bilion.

Kira-kira 80 peratus akan memandu sendiri, yang kemungkinan mencapai tahap tertinggi baharu.

Keadaan ini juga menyebabkan sukarnya membeli tiket kereta api. Pihak berkuasa pengangkutan telah memperkenalkan aplikasi mudah alih dan laman web untuk membantu orang ramai mendapatkan tiket. Orang yang tidak biasa dengan teknologi moden pula boleh menggunakan cara yang lebih tradisional untuk membeli tiket, termasuk melawat kiosk atau memesan tiket melalui telefon.

Dalam usaha untuk mengelakkan perjalanan sibuk pada waktu kemuncak, banyak keluarga telah meninggalkan cara tradisional menyambut perayaan di rumah. Ahli keluarga yang tinggal di bandar yang berbeza akan memilih tempat perjumpaan yang kurang sesak, seperti kampung kecil atau tapak pelancongan, dan menyambut perayaan dalam perjalanan. Trend baharu ini dipanggil "Reverse Spring Festival Travel Rush".

Video

Berita Berkaitan