- Lain-lain
Perkara Penting Mengenai TBC (3)
食(shi)-年夜飯 (Makan Malam TBC)
Makan malam perjumpaan keluarga adalah acara yang sangat penting dari segi budaya. Dihidangkan pada malam TBC, ia adalah tradisi berusia 4,000 tahun yang diwarisi turun-temurun di China.
Lazimnya, acara ini akan melibatkan jamuan yang meriah dan makan malam itu juga merupakan rekod sejarah tradisi serta budaya Cina dengan setiap hidangan mengandungi perlambangan tuahnya sendiri.
Menurut 荊楚歲時(shí)記 (Rekod Jinchu), ensiklopedia adat rakyat China pada abad ke-6 dan ke-7, majlis makan malam keluarga biasanya diadakan di dalam atau berhampiran rumah ahli keluarga yang paling senior, manakala semua ahli keluarga bergotong-royong menyiapkan jamuan.
Bagi keluarga Cina, ikan adalah bahagian paling penting dalam makan malam perjumpaan. Dalam bahasa Cina, ikan mempunyai sebutan yang sama dengan 余 (yu), yang bermaksud 'lebihan'. Bagi orang Cina, menyimpan sesuatu pada akhir tahun disifatkan sebagai baik, dengan tanggapan supaya lebih banyak nasib baik akan menyusul.
Rahmat yang dikatakan hadir sekali dengan hidangan ikan ialah 年年有余, iaitu simpulan bahasa yang mendoakan lebihan makanan dan wang pada tahun baharu.
Memilih jenis ikan yang betul juga sangat penting. Kap Crucian dan kap lumpur Cina paling kerap digunakan pada makan malam ketika perjumpaan, kerana karakter pertama kap Crucian (鯽魚, jiyu) berbunyi seperti perkataan 吉 (ji), yang bermaksud nasib baik, manakala karakter Cina 禮 (li), bermaksud 'hadiah', mempunyai sebutan yang serupa dengan karakter pertama ikan kap lumpur (鯉魚, liyu) .
Melihat kepada taraf hidup rakyat yang meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang Cina memilih untuk makan di luar sempena Tahun Baharu daripada memasak sendiri di rumah.
Teknologi Internet yang lebih maju juga telah membolehkan orang memesan hidangan separuh siap secara dalam talian, atau menjemput tukang masak untuk membantu di rumah.
Meskipun gaya makan malam untuk perjumpaan sedikit sebanyak telah berubah, namun inti pati kasih sayang keluarga masih menghangatkan hati setiap orang Cina.
- Meriah Persiapan Menjelang Sambutan TBC di China
- Tarian Naga Dalam Air di Nanjing, Tanda Tibanya TBC
- Kemeriahan Pesta Tanglung Taman Yuyuan Shanghai
- Elemen Naga Jadi Tular Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina
- Kenali Kraf Tangan Naga Buluh Guangxi
- PBB Bakal Keluar Setem TBC 2024
- Karnival Ais dan Salji Longqingxia Beijing Tambah Suasana TBC
- Seluruh China Siap Sedia Sambut TBC