99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Burung Raja Udang Berleher Putih Dilihat di Xiamen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 24 Januari 2024
Burung Raja Udang Berleher Putih Dilihat di Xiamen
Seekor burung raja udang berleher putih dan pantulannya mencipta imej yang indah. (People’s Daily Online/Chen Bo)

Seekor burung yang cantik telah dilihat di taman berhampiran Tasik Yundang di bandar Xiamen, provinsi Fujian, di tenggara China.

Kehadiran burung yang turut dikenali sebagai burung raja udang berleher putih itu telah memikat penonton dengan bulu berwarna biru di belakangnya yang berkilauan di bawah cahaya matahari.

Biarpun dalam keadaan sedang bertenggek di atas dahan memerhati persekitarannya, atau meluncur dengan anggun di atas air, burung itu menjadi pemandangan yang menggembirakan buat pengunjung.

Untuk rekod, burung raja udang berleher putih adalah spesies di bawah perlindungan kelas kedua negara di China.

Menurut Chen Hao, naib presiden Persatuan Memerhati Burung Xiamen, makanan burung tersebut pula kebiasaannya adalah ikan, ketam, moluska dan serangga akuatik. Ia adalah burung pemastautin di Xiamen dan boleh ditemui di pelbagai taman dan tanah lembap.

"Tasik Yundang adalah rumah kepada banyak spesies burung, termasuk burung kuntul, bangau, dan bangau malam. Namun, burung raja udang berleher putih jarang ditemui. Burung-burung ini lebih suka menyendiri dan selalunya ditemui tersembunyi di antara dahan pokok berhampiran tepi air.

"Sesekali, haiwan ini akan melepasi permukaan air dengan begitu pantas, menjadikan situasi agak mencabar untuk menangkap gambar tanpa peralatan profesional," kata An Weiliang, peminat burung.

Video

Berita Berkaitan