99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Matlamat Xi yang Terkandung dalam Cetak Biru Projek "3820" Fuzhou Tercapai

(CRI)Isnin 22 Januari 2024

Xi Jinping ketika menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Fuzhou Parti Komunis China (PKC) pada tahun 1993, pernah mengetuai kerja penggubalan Gagasan Strategik Pembangunan Sosioekonomi Bandar Fuzhou untuk Tempoh 20 Tahun, yang membuat rancangan secara sistematik tentang sasaran, langkah, pengaturan dan titik berat dalam pembangunan sosioekonomi bandar Fuzhou untuk tiga tahun, lapan tahun dan 20 tahun. Visi dan misi yang terkandung dalam projek strategik ini telah membawa makna besar meskipun pada masa ini.

Menurut Xi, terbentuknya suatu idea dan visi yang baharu tidak terlepas dari melakukan tinjauan dan pengajian. Gagasan Strategi Pembangunan Sosioekonomi Bandar Fuzhou untuk Tempoh 20 Tahun yang digubal berdasarkan tinjauan yang dijalankan lebih 1,600 pegawai berhubung sebanyak 581 topik di kalangan rakyat, telah dibahas dan diluluskan dalam Sidang Peleno ke-6 Jawatankuasa Bandar Fuzhou PKC ke-6 pada bulan November tahun 1992.

Menurut Gagasan itu, ekonomi Fuzhou bagi tempoh masa tiga tahun kelak akan dilonjakkan ke satu tahap baharu menjelang tahun 1995, dengan pelbagai indeks utama meningkat sekali ganda berbanding tahun 1990, seterusnya berusaha menggunakan masa lapan tahun agar menjadikan pelbagai indeks utama termasuk kiraan per kapita dalam pelbagai bidang di Fuzhou setara dengan kluster bandar moden di negara ini menjelang tahun 2000, dan akhirnya menggunakan masa kira-kira 20 tahun untuk memangkin pembangunan Fuzhou mencapai atau menghampiri tahap pembangunan purata negara atau rantau Asia yang maju sederhana menjelang tahun 2010.

Landskap pembangunan ekonomi Fuzhou diperluas dari darat ke laut, merupakan satu cetusan kreatif dalam melaksanakan gagasan tersebut. Sejak itu, pembangunan bersepadu yang mengutamakan kawasan pantai laut dan perairan mula dipergiatkan di Fuzhou. Ekonomi laut di Fuzhou yang bernilai RMB330 bilion (RM216 bilion) pada tahun 2022, menjadikan bandar itu tetap menduduki tangga pertama dalam ranking kebangsaan, yang sudah pun dikekalkannya bertahun-tahun sebelum itu.

Pada tahun 1992 hingga 1995, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar di kawasan Fuzhou berpurata 26.6% setiap tahun dengan mencecah RMB30 bilion (RM19.7 bilion) dalam tempoh 4 tahun, menandakan tercapainya sasaran pertama bagi tempoh tiga tahun dalam gagasan itu. Selanjutnya, sama juga sasaran bagi tempoh masa lapan tahun dan 20 tahun, hasil usaha gigih dan perjuangan yang bertungkus-lumus yang dilakukan seluruh rakyat Fuzhou secara terus-menerus.

Video

Berita Berkaitan