99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perkampungan Guangxi Jana Kekayaan dengan Teh

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 13 Disember 2023
Perkampungan Guangxi Jana Kekayaan dengan Teh
Ladang teh di pekan Xingye.

Dengan suhu semakin rendah, penuaian daun teh di kaunti Xingye, bandar Yulin, wilayah Guangxi, selatan China juga masuk fasa terakhir. Daun teh yang dituai kemudiannya akan dijemur, digoreng dan menjadi Teh Xingye.

Dimaklumkan bahawa teh ini berasal dari pekan Shanxin, kaunti Xingye yang terletak di kawasan perbukitan dengan suhu yang sederhana dan tanah yang berasid. Teh keluaran tempatan kaya dengan unsur surih.

Yang Qingmei, penduduk tempatan, terpesona dengan teknik membuat teh tradisional. Beliau dapat menguasai teknik itu berkat pengajaran Chen Tianhua, Pengetua Sekolah Latihan Vokasional Teknik Teh Yulin, yang sekian lamanya mempromosi teknik tradisional membuat teh di kalangan petani dan penduduk tempatan.

“Kini teh buatan tangan pekan Shanxi telah menjadi ikon bandar Yulin,” kata Yang Qingmei dengan bangga.

Teh Xingye secara rasminya disenaraikan sebagai produk pertanian ikon geologi berdaftar oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China pada Februari 2022. Komoditi ini menjana pendapatan sebanyak 180 juta yuan (kira-kira 118 juta ringgit), menguntungkan lebih 10,000 petani tempatan.

Dengan semakin kembangnya industri teh di kaunti Xingye, ramai yang dulu mencari rezeki di tempat lain kembali ke kampung.

Kaunti Xingye turut bekerjasama dengan kolej atau institut untuk memberi latihan mengenai teknik membuat teh kepada petani tempatan, dengan lebih 1,000 petani tempatan terlibat.

Video

Berita Berkaitan