99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Teh Liubao Menempa Nama di Peringkat Antarabangsa

(CRI)Isnin 30 Oktober 2023

Lebih seratus tahun lalu, kapal-kapal yang sarat dengan muatan teh Liubao bertolak dari pekan Liubao, wilayah Guangxi menuju ke Guangzhou di selatan China, kemudian belayar ke Asia Tenggara menerusi Jalan Sutera Maritim.

Berada pada ketinggian 1,000 hingga 1,500 meter dari aras laut, pekan Liubao dikurniakan iklim yang sesuai untuk penanaman pokok teh, iaitu suhu purata adalah 21.2 darjah Celsius manakala purata taburan hujan tahunan boleh mencapai 1,500mm.

Pada akhir zaman Dinasti Qing, teh Liubao yang berfungsi menghilangkan haba dan menjaga kesihatan usus dan perut, turut tersebar ke Malaysia dan Singapura sehingga mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

Teknik membuat teh Liubao mendapatkan status warisan budaya tidak ketara peringkat negara pada 2014.

Tahun lalu, output daun teh Liubao dicatat sebanyak 30,000 tan dengan nilai keluaran kira-kira 16 bilion yuan (RM10.4 bilion).

Di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), teh Liubao terus menempa nama di peringkat antarabangsa apabila ia dieksport ke banyak negara seperti Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Video

Berita Berkaitan