99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Komunikasi dan Perbincangan Strategik China-AS di Washington

(CRI)Isnin 30 Oktober 2023

Ahli Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi ketika menghadiri satu sesi libat urus anjuran Kumpulan Startegi Aspen Amerika Syarikat (AS) di Washington pada Sabtu waktu tempatan telah mengadakan perbincangan dengan ahli strategi tuan rumah.

Wang Yi menyatakan bahawa semasa lawatannya di AS, China dan AS dengan sikap sama rata dan saling menghormati, telah menjalankan komunikasi strategik secara mendalam, membina dan substantif mengenai banyak isu yang menjadi tumpuan sama, dan bersama-sama mengeluarkan isyarat positif mahu menstabilkan dan memperbaiki hubungan dua hala.

"Walaupun masih wujud pelbagai perselisihan antara kedua-dua negara dan masih terdapat banyak masalah perlu ditangani, kedua-dua pihak menganggap bahawa mengekalkan dialog adalah bermanfaat dan satu kemestian bagi China dan AS selaku dua negara kuasa besar. Kedua-dua pihak berharap hubungan bilateral boleh menjadi stabil dengan secepat mungkin dan menuju ke arah baik, dan bersetuju berusaha bersama ke arah merealisasikan pertemuan pemimpin negara China-AS di San Francisco, " ujar Wang

"Kedua-dua pihak dikehendaki bertindak pantas melaksanakan konsensus yang tercapai Presiden kedua-dua negara dalam pertemuan di pulau Bali, dan membuahkan hasil dengan mengetepikan gangguan dan meningkatkan persefahaman," katanya.

Wang Yi juga memuji para peserta yang giat mengambil bahagian dalam mendorong perkembangan hubungan dua hala, mengalu-alukan mereka mengadakan kunjungan ke China, menggalakkan mereka untuk terus mengeluarkan suara yang rasional dan memainkan peranan yang bersifat membina dalam menangani perbezaan dan perselisihan antara kedua-dua negara dengan tepat serta menyumbang lebih kebijakan kepada perkembangan hubungan dua hala yang sihat, stabil dan mampan.

Para peserta pula menyatakan bahawa hubungan bilateral yang stabil selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak. Kalangan ahli strategi AS menyokong kedua-dua pihak menyambungkan dialog yang melibatkan pelbagai bidang, mendorong kerjasama ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, memudahkan pertularan lawatan keanggotaan, dan meningkatkan persefahaman melalui dialog secara mendalam agar dapat mengelakkan salah faham malah membuat keputusan salah daripada berlaku.

Video

Berita Berkaitan