99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Wang Yi Temui Henry Kissinger

(CRI)Khamis 20 Julai 2023

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi bertemu dengan mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger di Beijing semalam.

Wang memberi penghargaan atas sumbangan bersejarah Kissinger kepada perkembangan hubungan China-AS serta peranan beliau yang tidak boleh diganti untuk meningkatkan persefahaman antara kedua-dua negara.

Beliau berkata China konsisten dengan dasar terhadap AS yang berpandukan saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang. Ia juga merupakan adab pergaulan betul bagi China dan AS selaku dua negara besar.

Kissinger pula berkata jalinan hubungan yang stabil antara AS dengan China berkaitan dengan kedamaian dan ketenteraman dunia serta kesejahteraan manusia. Kedua-dua pihak perlu melayan satu sama lain secara sama rata dan mengekalkan perhubungan, walau apa pun kesusahan yang dihadapi.

Beliau turut menyifatkan cubaan memulaukan satu pihak lain sebagai amalan yang tidak boleh diterima.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan