- Lain-lain
Xi Ditemui Delegasi Kongres AS
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan delegasi dwipartisan Senat Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Ketua Majoriti Chuck Schumer di Dewan Besar Rakyat di Beijing, petang Isnin.
Xi menyatakan hubungan China-AS merupakan ikatan dua hala yang paling penting di dunia, dan cara pergaulan dua negara menentukan masa depan umat manusia.
"Persaingan dan konfrontasi tidak sejajar dengan trend sezaman, malah tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dan cabaran didepani seluruh dunia.
"Kepentingan bersama China-AS jauh melebihi perselisihan. Kejayaan dicapai masing-masing merupakan peluang, bukan cabaran bagi satu sama lain," kata Xi.
Beliau berkata China dan AS boleh mendapat manfaat daripada pembangunan satu sama lain memandangkan integrasi ekonomi kedua-dua negara berada pada tahap tinggi.
"Pemulihan global pasca pandemik, usaha menangani perubahan iklim dan menyelesaikan isu-isu hangat global dan rantau, semuanya memerlukan koordinasi dan kolaborasi dua negara," ujar beliau.
Xi berharap agar hubungan kedua-dua negara dikendalikan dengan baik berasaskan prinsip saling hormat, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.
"China dan AS harus bersinergi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, sekali gus menyumbang kepada kemajuan manusia serta keamanan dan pembangunan dunia," kata Xi.
Dalam pada itu, Schumer menyifatkan pembangunan dan kemakmuran China memberi manfaat kepada rakyat AS.
"Pihak kami (AS) tiada niat untuk berkonflik ataupun mencantas hubungan dengan China.
"Kami bersedia mengukuhkan dialog dan komunikasi dengan China secara terbuka, ikhlas dan saling hormat, di samping mengendalikan hubungan dua hala dengan sikap bertanggungjawab," kata beliau.
Schumer menambah, AS ingin memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan dan pelaburan, dan meningkatkan sinergi dalam usaha menangani perubahan iklim, membanteras jenayah dadah dan sebagainya.
- China, AS Sepakat Anjur Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan
- Dialog Iklim China-AS di Beijing
- Wang Yi Temui Henry Kissinger
- PM Li Qiang Ditemui Duta Iklim AS
- China, AS Setuju Teruskan Komunikasi Konstruktif dalam Bidang Ekonomi
- Lima Konsensus Dicapai China-AS Sempena Lawatan Blinken
- China, AS Capai Persepakatan dalam Lima Perkara
- Rundingan Pegawai Kanan China-AS di Beijing