99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

BRI Jadikan Dunia Lebih Baik (3)

(CRI)Khamis 12 Oktober 2023
BRI Jadikan Dunia Lebih Baik

Pejabat Penerangan Dewan Negara China menyiarkan kertas putih bertajuk 'The Belt and Road Initiative: A Key Pillar of the Global Community of Shared Future' pada Selasa.

Kertas putih itu memperincikan secara menyeluruh berkenaan susur galur, terapan visi dan hasil praktik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta ertinya terhadap dunia.

Diketengahkan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013, inisiatif itu mewariskan dan menyemarakkan jalan sutera purba dengan diterapkannya konotasi baharu. Ia turut menyediakan platform untuk mempraktikkan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Setakat Jun 2023, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama BRI dengan lebih 150 buah negara dan 30 pertubuhan antarabangsa.

Sepanjang sepuluh tahun lalu, inisiatif BRI diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan dipraktikkan di peringkat antarabangsa sehingga membuahkan hasil yang sungguh memberangsangkan, sekali gus menjadi produk awam dan wadah kerjasama antarabangsa yang disambut baik.

Menerusi kerjasama BRI, Laos merealisasikan impiannya untuk menjadi sebuah negara yang saling berhubung di daratan.

Kertas putih itu memberi banyak lagi contoh antaranya termasuk jambatan merentas laut pertama di Maldives, kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung dan rel dielektrikkan rentas sempadan yang menghubungkan Addis Ababa dengan Djibouti di Afrika Timur.

Laporan McKinsey & Company menunjukkan syarikat China di Afrika mencatatkan kadar penyetempatan pekerja sebanyak 89 peratus yang turut memacu pasaran pekerjaan tempatan.

Bank Dunia pula menjangkakan pelaburan melalui kerjasama BRI akan membantu seramai 7.6 juta penduduk di negara-negara terbabit mengatasi kemiskinan tegar dan 32 juta lagi keluar daripada kemiskinan relatif.

Kesemuanya membuktikan bahawa BRI bukanlah satu slogan sahaja, sebaliknya adalah tindakan konkrit untuk mengatasi kesukaran negara membangun dalam bidang kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi serta membantu mereka meningkatkan keupayaan dalam membasmi kemiskinan.

Menurut kertas putih itu, selain membawa manfaat sebenar kepada negara-negara terlibat, usaha sama berorientasikan BRI juga menyumbang kepada perkembangan sihat globalisasi ekonomi, penyelesaian masalah pembangunan dunia dan penyempurnaan sistem tadbir urus global.

Kertas putih itu juga menzahirkan komitmen China untuk terus memperluas keterbukaan, di samping menambah peruntukan sumber dalam kerjasama pembangunan global serta meningkatkan hak bersuara negara membangun dan negara pasaran baru muncul dalam tadbir urus global.

China mengalu-alukan lebih banyak negara dan organisasi antarabangsa menyertai pembinaan bersama BRI dan bersinergi ke arah mendorong kesalinghubungan dan pembangunan mampan global.

Video

Berita Berkaitan