99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Setiausaha Agung, Wakil Tetap ASEAN Cuba HSR Jakarta-Bandung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 September 2023
Setiausaha Agung, Wakil Tetap ASEAN Cuba HSR Jakarta-Bandung
Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi (tiga dari kiri), Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn (dua dari kanan), Wakil Tetap Indonesia ke ASEAN, Derry Aman (pertama dari kanan) dan wakil-wakil negara ASEAN yang lain mengikuti perjalanan percubaan HSR Jakarta-Bandung. (People’s Daily Online/Cao Shiyun)

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, Timbalan Setiausaha Agung Dr. AKP Mochtan, wakil tetap negara-negara ASEAN dan duta negara rakan dialog ke ASEAN baru-baru ini mengikuti perjalanan percubaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. HSR tersebut juga projek mercu tanda kerjasama China-Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Kehadiran para tetamu adalah atas undangan Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi dan Wakil Tetap Indonesia ke ASEAN, Derry Aman.

Rombongan bertolak dari Stesen Halim di Jakarta menuju ke Stesen Tegalluar. Dalam perjalanan itu, wakil syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) memperkenalkan keadaan pembinaan keseluruhan projek dan persediaan operasi serta menjawab soalan para tetamu.

Dr. Kao Kim Hourn dan para duta menilai tinggi HSR Jakarta-Bandung sebagai yang pertama di rantau ini. Beliau turut menzahirkan rasa kagum terhadap keselesaan serta kemudahan yang dibawa oleh HSR buatan China, yang juga menunjukkan BRI membawa faedah yang nyata kepada negara-negara ASEAN. ASEAN menantikan untuk mempertingkatkan usaha dalam kesalinghubungan dengan China demi kesejahteraan rakyat rantau ini.

Video

Berita Berkaitan