99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Temu Bual dengan Kumpulan Pertama Kakitangan Operasi dan Latihan Penyelenggaraan HSR Jakarta-Bandung: "Masa Depan Bermula Di Sini"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 April 2023
Temu Bual dengan Kumpulan Pertama Kakitangan Operasi dan Latihan Penyelenggaraan HSR Jakarta-Bandung:
Kursus latihan untuk anggota operasi dan penyelenggaraan HSR Jakarta-Bandung dibuka secara rasmi. (People's Daily Online/Zhang Jie)

Pada 27 Februari waktu tempatan, kumpulan pertama kursus latihan untuk anggota operasi dan penyelenggaraan kereta api laju Jakarta-Bandung dibuka secara rasmi di Kolej Vokasional dan Teknik Kereta Api Indonesia di Madiun, Jawa Timur. Pada awal April, seorang wartawan dari People's Daily Online telah dijemput untuk bertemu bual.

Memandangkan ini kereta api berkelajuan tinggi yang pertama di Indonesia bahkan seluruh Asia Tenggara, ketiadaan pengalaman tempatan dalam pengurusan operasi dan penyelenggaraan menjadikan mustahaknya bantuan China dalam melatih kakitangan profesional berkaitan. Kali ini, pasukan pengurusan operasi dan penyelenggaraan China dan kolej profesional kereta api China bertanggungjawab memberi latihan. Kolej kereta api Indonesia menyediakan kursus latihan dengan suasana pembelajaran dan sokongan logistick bagi melatih kumpulan pertama kakitangan yang berkaitan untuk seluruh negara. Latihan kumpulan pertama ini menjadi jaminan penting bagi kejayaan pembinaan dan operasi kereta api laju Jakarta-Bandung.

Difahamkan, kumpulan pertama pelatih dari Indonesia berjumlah 173 orang. Terdapat empat kelas latihan iaitu pemandu EMU, pengurusan penghantaran OCC, tugas kecemasan dan mekanik EMU. Tempoh latihan secara teori adalah antara 3 hingga 6 bulan. Selepas latihan tamat, pelatih perlu menduduki peperiksaan. Setelah lulus dan mendapat sijil kelayakan yang berkaitan, mereka akan ditugaskan ke rel laju Jakarta-Bandung untuk latihan praktikal.

Latihan ini dijalankan dalam bentuk pengajaran jarak jauh dan terjemahan luar talian. Guru-guru dari Universiti Jiaotong Barat Daya dan institusi lain mengajar dalam bahasa Cina melalui Internet, dan kelas tersebut dilengkapi dengan 2 penterjemah lisan yang akan menterjemahkan dan menerangkan kandungan yang diajar oleh guru ke dalam bahasa Indonesia untuk pelajar di kolej. Di samping itu, pihak China juga menyediakan lebih daripada 10 penterjemah bertulis untuk projek ini. Mereka akan menterjemah rancangan pengajaran domestik dan perisian kursus ke dalam bahasa Indonesia terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar kira-kira 2 hari lebih awal untuk memudahkan pelajar membuat persediaan.

"Saya amat yakin bahawa pelatih mampu mengendalikan operasi dan penyelenggaraan rel laju Jakarta-Bandung selepas latihan. Kolej kami juga akan menjadi pusat latihan kereta api laju untuk seluruh kakitangan operasi dan penyelenggaraan kereta api laju Indonesia," Yuwono, pengetua Kolej Vokasional dan Teknik Kereta Api Indonesia berkata dengan bangga.

Pemandu kereta api, Bagus Bima yang menyertai latihan ini telah bekerja di Kereta Api Nasional Indonesia selama empat tahun setengah. Beliau memberitahu bahawa teknologi canggih China akan menjadikan kerja pemanduan kereta api lebih selamat dan mudah. Beliau amat yakin akan kemampuan dirinya memandu kereta api berkelajuan tinggi pada masa hadapan.

Andian, pelajar latihan mekanik memberitahu pemberita bahawa landasan kereta api laju Jakarta-Bandung mempunyai kepentingan yang besar kepada Indonesia. Ia merupakan kereta api laju pertama di Asia Tenggara dan penting untuk pembangunan masa depan Indonesia. "China mempunyai rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang besar dan kompleks. Demikian juga hala tuju pembinaan kereta api laju kami di Indonesia. Kini, rel laju Jakarta-Bandung hampir siap. Kami menantikan detik apabila kereta api berkelajuan tinggi ini akan meluncur ke Surabaya dan menjadi nadi utama pengangkutan penumpang di Pulau Jawa. Terdapat pemindahan teknologi dalam kerjasama kereta api laju Jakarta-Bandung dan kami pasti akan mempunyai kakitangan teknikal kereta api laju sendiri, serta rangkaian kereta api berkelajuan tinggi sendiri,” kata Andian.

Luthfiant baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej Teknik Vokasional Kereta Api Indonesia dan kini dipindahkan ke kelas latihan untuk pengurusan penghantaran. Beliau berkata, walaupun penjadualan isyarat kereta api berkelajuan tinggi agak berbeza daripada teori yang dipelajarinya, beliau yakin dapat mengasah kemahiran melalui latihan yang mencukupi sebagai asas yang kukuh untuk tugas-tugas di masa hadapan. “Dalam tempoh latihan, saya menerima gaji pertama dalam hidup saya, yang jauh lebih tinggi daripada gaji purata di Madiun. Bagi saya, kereta api laju Jakarta-Bandung bukan sahaja akan menggalakkan pembangunan ekonomi Indonesia, tetapi juga meningkatkan taraf hidup kita," kata Luthfiant.

Di luar bangunan pengajaran tempat pelatih dilatih, terdapat papan kenyataan bertulis "The Future Begins Here" (Masa Depan Bermula di Sini). Ayat ini bukan sahaja terpakai kepada pelajar kolej yang belajar di sini, tetapi juga kepada kakitangan operasi dan penyelenggaraan Kereta Api Laju Jakarta-Bandung yang dilatih, malah lebih terpakai kepada Kereta Api Laju Jakarta-Bandung Indonesia sendiri. Tidak lama lagi, kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia yang dikendalikan oleh pekerja Indonesia akan mula meluncur.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan