99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Li Qiang, Guterres Adakan Pertemuan

(CRI)Jumaat 08 September 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengadakan pertemuan di Jakarta pada 7 September waktu tempatan.

Li menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kesatupaduan dalam menyahut cabaran di tengah-tengah situasi yang kucar-kacir dan semakin kritikal pada masa ini. Perlunya memegang konsep pembangunan yang terbuka dan inklusif, dan dengan langkah yang sebenar menambah kehadiran dan hak bersuara negara membangun dalam agensi kewangan antarabangsa. Konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden China Xi Jinping, merupakan pendekatan China bagi menyelesaikan isu pembangunan dan tadbir urus sejagat. China kekal teguh menyokong peranan teras PBB dalam urusan antarabangsa, dan bersedia bersama PBB mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Guterres pula menyatakan bahawa China memainkan peranan penting dalam usaha menggerakkan agenda antarabangsa. PBB bersedia meningkatkan dialog dan kerjasama dengan China, mendorong pembaharuan terhadap sistem tadbir urus ekonomi antarabangsa dan membantu negara membangun mengatasi cabaran perubahan iklim yang dilihat kondusif bagi mewujudkan Agenda 2030 Pembangunan Mapan.

Video

Berita Berkaitan