99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ulang Tahun Ke-10 Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Anjuran Xi

(CRI)Khamis 23 Mac 2023

Tahun ini ulang tahun ke-10 konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping. Dalam satu karangannya yang diterbitkan menerusi media Rusia semasa lawatannya di negara itu baru-baru ini, Xi menyebut bahawa beliau pernah menyampaikan ucapan melibatkan konsep tersebut di Akademi Hubungan Antarabangsa Moskow pada 10 tahun yang lalu. Dalam ucapan itu, Xi pernah menyeru masyarakat antarabangsa agar membentuk konsep komuniti berkongsi nasib yang “merangkumi semua”.

Xi menegaskan bahawa di sebalik perubahan drastik di pentas antarabangsa dan permintaan objektif terhadap semangat berganding bahu, pelbagai negara perlu bersama-sama mendorong pembinaan hubungan antarabangsa model baharu yang mengutamakan kerjasama menang-menang. Selain itu, rakyat pelbagai negara pula perlu bersama-sama bertindak melindungi keamanan sedunia dan mendorong pembangunan bersama. Sehubungan itu, rakyat pelbagai negara patut bersama-sama diberi peluang menikmati maruah, mengecapi hasil pembangunan dan hidup selamat.

Pada masa sedekad yang lalu, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan bukan sahaja termaktub dalam manifesto Parti Komunis China (PKC) dan Perlembagaan China, malah juga sebagai konsensus masyarakat antarabangsa tersenarai dalam dokumen pertubuhan antarabangsa dan serantau yang penting.

Makna dan nilai Konsep tersebut menjadi sangat menonjol tatkala warga dunia menghadapi cabaran kritikal ekoran penularan wabak COVID-19, sedangkan keyakinan dan daya motivasi yang dibawanya sangat mustahak dalam usaha global melawan wabak.

Dalam sedekad lalu, Xi berturut-turut mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Tamadun Global (GCI) yang menjadikan Konsep itu semakin lengkap dan lebih mudah diinsafi malah diakses pelaksanaannya.

Pada dialog PKC dengan peringkat tinggi parti politik dunia yang diadakan baru-baru ini, Xi berkata, 'kami sentiasa mengaitkan nasib diri dengan nasib rakyat pelbagai negara, berusaha memberi peluang baharu bagi pembangunan sedunia melalui modenisasi ala China, menyediakan daya dorongan kepada umat manusia dalam merintis jalan modenisasi dan berikrar memberi sumbangan baharu kepada modenisasi masyarakat manusia dari aspek inovasi teori dan praktikal.'

Gaya Hidup

Berita Berkaitan