99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Negara Luar Sanjung Tinggi Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

(CRI)Jumaat 07 April 2023

Konotasi konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan bertambah kaya sejak mula diperkenalkan pada sedekad lalu, manakala pelaksanaannya juga semakin memperlihatkan kesannya secara terus menerus.

Pada seminar antarabangsa "Ulang Tahun ke-10 Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dan Penciptaan Peradaban Baharu Manusia" yang diadakan di Beijing baru-baru ini, tokoh politik, pakar dan sarjana pelbagai negara menyokong konsep terbabit.

Menurut mereka, ia berikutan terdapat keperluan dunia ini terhadap pelan penyelesaian lestari dan bervisi yang mendorong pembangunan serta kemajuan masyarakat antarabangsa dari pelbagai aspek.

Penasihat Politik Kedutaan Besar Indonesia ke China, Irwansyah Mukhlis berkata, sebagai rakan rapat dalam ikatan bilateral, pelbagai hala dan serantau, Indonesia dan China mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama dan pertukaran, seperti Kereta Api Laju Jakarta-Bandung, Penerokaan Ibu Negara Baharu Indonesia dan Koridor Ekonomi Bersepadu Serantau.

"Kerjasama kedua-dua negara juga meliputi bidang vaksin, pembangunan hijau, keselamatan siber dan maritim yang dipercayai sebagai amalan pembentukan komuniti," ujar beliau.

Bagi Duta Besar Afrika Selatan, Siyabonga C. Cwele, konsep yang dikemukakan Presiden Xi itu selari dengan Ubuntu tradisional Afrika.

"Ia mempunyai banyak persamaan, selain berasal dari peradaban masing-masing, menekankan kedamaian, penghormatan, perkongsian dan perpaduan.”

"Persamaan itu juga mempamerkan persahabatan tradisional, sekali gus menyuntik kedinamikan kepada kerjasama bilateral,” jelasnya lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan