- Lain-lain
Import Eksport China Kekalkan Pengoperasian Stabil
Import dan eksport perdagangan komoditi China menyaksikan pengoperasian stabil dan selaras dengan jangkaan, prospek ekonomi China dipercayai kondusif untuk suatu jangka masa yang panjang.
Memetik data rasmi dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) pada Selasa, jumlah import eksport China menyaksikan peningkatan 0.4 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas dengan mencatat RMB23.55 trilion (RM14.95 trilion).
Daripada angka itu, eksport meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan mencatat RMB13.47 trilion (RM8.55 trilion), manakala import susut 1.1 peratus dengan menokok RMB10.08 trilion (RM6.4 trilion).
Menurut Pengarah Jabatan Penganalisisan Statistik GACC, Lyu Daliang, jumlah perdagangan luar bulanan China kekal melebihi skala RMB3.4 trilion (RM2.16 trilion) sejak suku kedua tahun ini.
Tambah beliau, dalam tempoh sama, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pula kekal sebagai rakan dagang terbesar China.
Berdasarkan statistik GACC, jumlah import dan eksport China dengan ASEAN meningkat 2.8 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu dengan menokok RMB3.59 trilion (RM2.28 trilion).
Angka tersebut secara tidak langsung menyumbang 15.3 peratus kepada jumlah keseluruhan perdagangan luar China.
Selain itu, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus kepada RMB8.06 trilion (RM5.12 trilion).
Dalam perkembangan lain, jumlah import dan eksport antara China dengan rakan dagang lima negara Asia Tengah, Amerika Latin dan Afrika juga menyaksikan pertumbuhan kukuh yang mencerminkan kerjasama antara rantau semakin rapat, perdagangan yang pelbagai dan struktur pasaran antarabangsa kian dioptimumkan.
- Rundingan dalam Talian Mudahkan Peserta ECF
- Import Eksport antara China, Anggota RCEP Meningkat 4.5 Peratus
- Import Eksport Xinjiang Melambung
- Import Eksport China Meningkat 4.8 Peratus Suku Pertama 2023
- Jumlah Import dan Eksport Perkhidmatan China Meningkat 17.2% pada 10 Bulan Pertama
- Ekonomi China, Penggerak Utama Pemulihan Ekonomi Dunia