- Lain-lain
Jumlah Import dan Eksport Perkhidmatan China Meningkat 17.2% pada 10 Bulan Pertama
Data statistik diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam mendedahkan bahawa jumlah import dan eksport perkhidmatan China telah mencatat RMB4.91855 trilion (RM3.067 trilion) pada tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, yang telah meningkat 17.2% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.
Pada masa itu, jumlah eksport perkhidmatan meningkat 18.1% dengan menokok RMB2.35815 trilion (RM1.47 trilion), manakala jumlah import pula naik 16.4% dengan mencecah RMB2.5604 trilion (RM1.6 trilion).
Pengeskportan meningkat pesat dalam bidang pembayaran penggunaan hak cipta intelek, komputer telekomunikasi dan perkhidmatan informasi, sedangkan pengimportan melambung dalam sektor perkhidmatan insurans, dengan mencatat 57.1%.
Selain itu, import dan eksport dalam bidang perkhidmatan pelancongan terus pulih. Pada tempoh 10 bulan pertama tahun ini, import dan eksport perkhidmatan pelancongan di China telah mencatat RMB689.06 bilion (RM430 bilion), meningkat 9.1% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.