99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rundingan dalam Talian Mudahkan Peserta ECF

(CRI)Isnin 17 Julai 2023

Pameran Perdagangan Import dan Eksport Timur China atau East China Fair (ECF) ke-31 yang berlangsung selama 4 hari telah berakhir pada petang 15 Julai.

Menurut statistik awal, pameran kali ini telah menarik penyertaan pembeli dari 119 negara dan wilayah, antaranya lebih 35,000 pedagang dari dalam dan luar China menyertai pameran itu secara fizikal. Nilai perdagangan yang dicapai dalam ECF kali ini mencapai USD2.18 bilion.

Dalam pameran ini, pihak penganjur telah membuka saluran baharu bagi memudahkan para peserta, antaranya sesi perundingan khusus, perundingan dalam talian, dan transaksi e-dagang rentas sempadan.

Pihak penganjur juga telah mengadakan dua sesi perundingan dalam talian, termasuk sesi khusus Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan sesi khusus untuk pembeli dari Eropah dan Amerika, yang dihadiri oleh pembeli dari 21 negara dan wilayah termasuk Singapura, Rusia, Vietnam, Malaysia, dan Korea Selatan.

Dengan cara ini, perundingan dalam talian membantu pedagang yang tidak dapat hadir secara fizikal untuk berunding dalam talian, sekali gus memendekkan 'jarak perdagangan' dan memberikan kemudahan dalam transaksi perdagangan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan