99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Gesa AS dan Britain Hentikan Operasi Ketenteraan Haram di Syria

(CRI)Khamis 06 Julai 2023

China menyifatkan keamanan dan ketenteraman sebagai jaminan terpenting bagi melindungi hak asasi manusia, dan usaha menggalakkan penyelesaian melalui saluran politik merupakan satu-satunya jalan untuk menangani isu Syria.

Wakil China menyuarakan pandangan sedemikian pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Rabu.

Wakil China itu berkata, keanggotaan semula Syria ke Liga Arab selepas 12 tahun memperlihatkan usaha melepaskan diri daripada konfrontasi blok, meredakan ketegangan situasi setempat, dan bersama-sama mewujudkan pembangunan secara damai merupakan aspirasi rakyat negara-negara serantau.

"China juga bertindak pantas memberi sumbangan dalam pelaksanaan misi dan visi itu, selain menghargai usaha konsisten Liga Arab dan negara-negara serantau."

"Krisis Syria yang berlarutan bertahun-tahun menyebabkan rakyat negaranya terpaksa menderita dalam peperangan yang tidak berkesudahan."

"Apabila isu Syria dibincangkan, UNHRC tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang patut dipikul Amerika Syarikat dan Britain atas penderitaan rakyat Syria."

"China menggesa negara-negara tersebut menghentikan penempatan dan operasi ketenteraan secara haram di Syria dan menghentikan sekatan unilateral terhadap Syria bagi mengembalikan hak asasi manusia, kekayaan, kebebasan dan maruah yang sebenar kepada rakyat Syria ," kata wakil China itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan