- Lain-lain
Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu
Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada Sabtu menyifatkan gempa bumi dahsyat yang menggegarkan selatan Turkiye dan utara Syria sebagai 'malapetaka terburuk' dalam tempoh seabad lalu di rantau tersebut.
Ketika mengadakan tinjauan di bandar Kahramanmaras, Turkiye yang paling teruk dilanda bencana pada hari itu, Griffiths berkata, lebih 100 negara dan kawasan telah menghantar pasukan penyelamat ke Turkiye, namun “apa yang kami memerlukan bukan itu sahaja”.
PBB dilaporkan akan mengumumkan satu rancangan untuk menyeru melancarkan satu kempen derma wang untuk mangsa bencana selama tiga bulan, sebahagian dalam bantuan kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria.
Pada hari yang sama, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca memaklumkan, gempa bumi kali ini telah meragut 22,327 nyawa dan 80,278 lagi cedera di negaranya.
Dalam perkembangan lain, pintu sempadan Turkiye-Armenia dibuka semula pada Sabtu bagi memudahkan pengangkutan barangan bantuan kemanusiaan.
- Dairi Penyelamat di Turki: Lima Sekeluarga Terselamat pada Hari Kedua
- Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan
- Dairi Penyelamat di Turki: Menuju ke Malatya!
- Angka Kematian Hampir 20,000 di Turkiye, Syria
- Temui Sahabat Sejati Ketika Waktu Paling Sulit
- Pasukan China Selamatkan Wanita Hamil di Turki
- Pasukan Penyelamat China Jalankan Operasi SAR di Turkiye
- China Hantar Pasukan SAR ke Turki
- China Seru Laksanakan Resolusi Bantuan Kemanusiaan Syria
- Lagi Rakyat Syria Diculik SDF