- Lain-lain
China Desak Batalkan Sekatan Sepihak Haram Terhadap Syria
China mendesak negara terlibat segera menghentikan sebarang sekatan sepihak yang haram terhadap Syria tanpa syarat.
Demikian dinyatakan oleh kuasa usaha sementara Misi China di PBB, Dai Bing dalam satu sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB bagi isu kemanusiaan politik Syria semalam.
Menurut Dai, sekatan sepihak yang bertahun-tahun menyebabkan hidup rakyat Syria semakin kritikal dan keupayaan negara itu untuk menghadapi bencana terjejas teruk.
Dai berkata, China mengalu-alukan keputusan kerajaan Syria membuka pintu sempadan Bab Al-Salam dan Al Ra’ee. Namun kerja penghantaran barang menyelamat ke kawasan bencana di barat laut Syria melalui kedua-dua pintu sempadan tersebut masih menghadapi halangan. Oleh itu, China menyeru pelbagai pihak agar menjadikan kepentingan rakyat Syria sebagai keutamaan, memegang sikap yang bersifat membina, meningkatkan interaksi dan penyelarasan supaya dapat menghapuskan sebarang halangan demi kelancaran pelaksanaan tindakan menyelamat.
Menurut Dai, masyarakat antarabangsa dikehendaki membanteras sebarang kuasa pengganas di wilayah Syria berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengikut kayu ukur yang sama. Dalam pada itu, pihak berkenaan juga digesa menghentikan modus operandi yang membiarkan, melindungi dan menggunakan kuasa pengganas demi tujuan politik.
Selain itu, penempatan dan tindakan ketenteraan yang haram yang dilakukan pasukan tentera asing di wilayah negara itu perlu dihentikan segera, manakala rampasan terhadap sumber alam tempatan juga tidak boleh diteruskan. Kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria patut dihormati sepenuhnya, menurut seruan China.
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu
- Situasi Kemanusiaan Genting di Syria
- Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan
- China Seru Laksanakan Resolusi Bantuan Kemanusiaan Syria
- Lagi Rakyat Syria Diculik SDF
- Israel Serang Lapangan Terbang Damsyik, Dua Maut
- Kenderaan Tentera AS Diusir Syria
- Tingkatkan Bantuan Kemanusiaan di Syria: China