99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Persiapan CICPE 2023 Haikou Selesai

(CRI)Isnin 10 April 2023

Sebanyak 4,000 produk unggul dari 65 negara dan wilayah bakal dipamerkan dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga yang dijadual membuka tirai di Haikou, provinsi Hainan hari ini.

Difahamkan, CICPE 2023 melibatkan ruang pameran seluas 120,000 meter persegi, meningkat 20 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Sebagai negara kehormat ekspo kali ini, Itali akan mendirikan ruang pameran kira-kira 1,800 meter persegi untuk mempamerkan 147 jenama produk dari negara itu.

Acara itu dijangka menarik penyertaan lebih 50,000 pembeli dan pelawat profesional antaranya lebih 2,000 pembeli dari Eropah dan ASEAN.

Ekspo kali ini akan menyaksikan skala yang lebih besar baik dari segi jumlah negara peserta, jenama yang dipamerkan mahupun bilangan pembeli.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan