99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau

Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau
Kerajang tembaga ultra-nipis dihasilkan di sebuah bengkel di taman perindustrian ekonomi pekeliling. (foto: Shi Yu/People.cn)

Di sebuah bengkel yang beroperasi di Taman Perindustrian Ekonomi Pekeliling Fengcheng, provinsi Jiangxi, kerajang tembaga elektronik ultra-nipis kelihatan seolah-olah “diludahkan” keluar dari mesin yang menghasilkannya.

Kerajang tembaga yang lebih nipis daripada rambut manusia ini dibuat daripada sisa logam. Selepas diproses dengan teknologi canggih, bahan tersebut dapat digunakan dan dikitar semula, sesuai dengan matlamat pembangunan hijau dan karbon rendah.

Bandar Fengcheng ialah pusat pengumpulan dan pengedaran bahan buangan yang terkenal di China, juga pusat untuk logam kitar semula yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan. Tahun-tahun kebelakangan ini, Fengcheng mengamalkan konsep pembangunan hijau dan memberi tumpuan kepada ekonomi pekeliling, berjaya membentuk kluster industri “kitar semula-pembongkaran-pengasingan-peleburan-pemprosesan-pemprosesan intensif”. Pada masa yang sama, Fengcheng juga memandang tinggi inovasi teknologi, bekerjasama dengan universiti, dan mendorong pembinaan platform penyelidikan industri-universiti, supaya memandu perkembangan industri ke tahap yang lebih tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan