99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Shanghai Umum Fasa III Projek Kitar Semula Sampah Basah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 13 Disember 2022
Shanghai Umum Fasa III Projek Kitar Semula Sampah Basah

Shanghai mengumumkan fasa ketiga projek kitar semula sumber biotenaga pada 11 Disember, satu inisiatif untuk menggalakkan sampah basah dikitar semula secara lebih efisien.

Dengan pelaburan sebanyak 1.657 bilion yuan (1.05 bilion ringgit), pusat kitar semula sumber biotenaga bagi fasa ketiga ini akan meliputi 19.94 hektar di pangkalan perlindungan ekologi dan alam sekitar di Laogang, Kawasan Baru Pudong, Shanghai.

Projek itu, yang dijangka siap pada Mei 2025, dijangka mampu mengolah 2,000 tan sampah basah setiap hari.

Menurut pelaburnya, Shanghai Chengtou Environment Group Corporation, fasa ketiga itu akan menghasilkan lebih 3,600 tan minyak mentah, 20,000 tan baja organik berasaskan karbon dan 80,000 tan gas asli termampat setiap tahun.

Fasa pertama dan kedua projek itu telah beroperasi, dengan kapasiti pelupusan sampah harian sebanyak 2,500 tan. Untuk meningkatkan kecekapan pengolahan sampah, Shanghai mengeluarkan peraturan pertamanya mengenai pengurusan sisa domestik pada 1 Julai 2019, yang mewajibkan pengasingan sampah sarap di bandar raya tersebut.

Gaya Hidup