99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pasukan SAR China Selesai Misi di Turkiye

(CRI)Jumaat 17 Februari 2023

Seramai 82 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) China pulang ke tanah air selepas menyelesaikan misi di Turkiye, pada Khamis.

Semua barang keperluan harian dan bekalan perubatan yang dimiliki anggota pasukan itu disumbangkan kepada penduduk di kawasan bencana sebelum mereka meninggalkan negara itu.

Sebaik tiba di kawasan bencana pada 8 Februari, pasukan SAR China segera bergegas ke Hatay, salah satu wilayah yang paling teruk terjejas akibat gegaran dahsyat.

Mereka bertungkus lumus menjalankan misi meskipun berdepan pelbagai kesukaran seperti gegaran susulan, kesejukan melampau, kekurangan bekalan dan kesesakan lalu lintas.

Untuk rekod, China telah menghantar seramai 308 anggota SAR ke Turkiye yang berjaya menyelamatkan enam penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menemukan 11 mayat, selain menjalankan penilaian risiko membabitkan 87 bangunan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan