99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Diari Penyelamat di Turki: SAR Rentas Sempadan yang Profesional, Jaya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023

Artikel ini disunting dan diterjemahkan daripada temu bual dengan He Jun, pengasas Pasukan Penyelamat Ram.

Pasukan Penyelamat Ram yang sudah selesai tugas mencari dan menyelamat (SAR) di Turki telah memindahkan semua orang serta peralatan dari wilayah Hatay, Turki pada petang 13 Februari dan pulang ke China pada awal pagi 15 Februari.

Anggota Pasukan Penyelamat Ram bergambar setelah menyelesaikan tugas SAR seharian pada 11 Februari. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Setakat malam 12 Februari waktu tempatan, Pasukan Penyelamat Ram telah menjalankan operasi SAR di empat bandar di wilayah Hatay, termasuk 178 bangunan runtuh, dan menemui 24 mangsa secara langsung atau tidak langsung. Antaranya sembilan orang terselamat dan 15 lagi terkorban.

Mangsa terselamat angkat ibu jari kepada anggota pasukan SAR. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Sesama manusia, kita harus saling membantu dan menyayangi satu sama lain. Operasi SAR di Turki membolehkan saya mengenali negara ini yang sebelumnya tidak saya kenal. Saya amat terharu dengan sikap orang tempatan yang sopan dan cermat dalam kerjasama dengan mereka. Kami pun menghormati kebiasaan setempat, menjalankan tugas dengan profesional dan melaksanakan rancangan yang saintifik dalam operasinya, yang juga impresif bagi pasukan SAR dan penduduk tempatan.

Anggota Pasukan Penyelamat Ram menuju ke tapak runtuhan. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Kami berjaya menyelesaikan operasi SAR secara profesional!

Anggota Pasukan Penyelamat Ram bergambar di pangkalan garis depan di Iskenderun, Turki pada 8 Februari. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Pasukan Penyelamat Ram sebagai satu pasukan SAR yang terlatih dan teratur, telah menyertai operasi SAR rentas sempadan sebanyak 17 kali. Kami berharap dengan usaha kami, kekuatan bantuan kemanusiaan antarabangsa dari China dapat dilihat oleh lebih ramai lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan