99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 Februari 2023

Sejak bulan lepas, China secara beransur-ansur membuka semula pelancongan rentas sempadan. Untuk mengalu-alukan penerbangan pertama pelancong China ke Thailand, satu majlis sambutan diadakan di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok, dihadiri menteri-menteri negara itu.

Di Vietnam, pelancong juga mendapat sambutan serupa. Dengan pembukaan semula kastam di Pelabuhan Hekou, iaitu pelabuhan terbesar di sempadan China-Vietnam di provinsi Yunnan, pelancongan rentas sempadan secara individu hidup semula akhir-akhir ini. Kerajaan tempatan malah menyediakan bunga untuk menyambut pelancong China.

“Indonesia telah menyediakan karpet merah untuk pelancong China” “Kemboja berharap jumlah pelawat China mencecah dua juta” “Pelancong China dialu-alukan kembali ke Filipina”...Sejak pelancongan rentas sempadan dibuka semula, beberapa negara Asia Tenggara meluahkan ketidaksabaran mereka menanti-nantikan kembalinya “kawan lama”(pelancong China).

Kembalinya “kawan lama” adalah disebabkan hubungan China dengan negara Asia Tenggara yang semakin hari semakin erat.

Sebagai negara jiran yang berkongsi sempadan darat dan laut, interaksi rakyat dan kerjasama perdagangan antara China dan negara-negara Asia Tenggara tidak pernah terputus. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, Ekspo China-ASEAN diadakan di bandar Nanning, Guangxi setiap tahun seperti dijadualkan. Ini dilihat sebagai platform penting untuk menggiatkan pertukaran dan kerjasama dua pihak.

Tahun-tahun kebelakangan ini, pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan yang semakin laju membawa pencapaian yang berterusan. Sejak Landasan Kereta Api China-Laos mula beroperasi setahun lalu, jumlah penumpang telah melebihi 9 juta, memberi manfaat kepada perkembangan perdagangan, pelaburan dan pelancongan serantau. Landasan Kereta Api China-Thailand yang masih dalam pembinaan dijangka mempertingkat lagi kesalinghubungan China-ASEAN pada masa depan. Hal-hal tersebut membawa kepada rancaknya pelancongan rentas sempadan dewasa ini.

Kembalinya “kawan lama” terkait dengan rezeki pengamal sektor pelancongan, yang juga penyumbang kukuh kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara Asia Tenggara.

Menurut statistik Pertubuhan Pelancongan Dunia (OPD) PBB, jumlah pelancong China ke luar negara melebihi 150 juta dan membelanjakan hampir AS$255 bilion, iaitu kira-kira 14 peratus daripada penggunaan pelancong global pada tahun 2019. Kembalinya pelancong China ke negara-negara Asia Tenggara dijangka akan mengaktifkan semula pasaran tempatan, memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan kerjasama perdagangan serantau.

Berdasarkan data Kementerian Pelancongan Kemboja, pada tahun 2019, pelancong China melebihi 2.36 juta, membentuk 35.7 peratus daripada jumlah pelancong antarabangsa di Kemboja. Pendapatan yang disumbangkannya adalah sebanyak AS$1.8 bilion. Statistik rasmi lain menunjukkan pada tahun sama, jumlah pelancong China di Indonesia mencatat 2.07 juta, manakala di Vietnam 5.8 juta atau satu pertiga daripada jumlah pelancong antarabangsa negara itu.

Arkhom Termpittayapaisith, Menteri Kewangan Thailand turut berkata, berkat kembalinya pelancong China serta beberapa faktor lain, Thailand berkemungkinan dapat merealisasikan sasaran pertumbuhan ekonominya pada tahun ini iaitu 3.8%.

Kembalinya “kawan lama” mencerminkan niat dan tingkah laku ikhlas kedua-dua pihak dalam keterbukaan dan kerjasama.

Baru-baru ini, beberapa negara Asia Tenggara menegaskan mereka tidak akan mengenakan syarat masuk sempadan menyekat penularan COVID-19 yang bersifat diskriminasi terhadap mana-mana negara. Malaysia serta beberapa negara lain malah menyarankan untuk memudahkan perjalanan pelancong China masuk sempadannya.

Pada masa ini, semakin banyak penerbangan antara China dan negara-negara Asia Tenggara disambung semula. Kedua-dua pihak juga mengambil kesempatan dengan kembali rancaknya penggunaan pelancong untuk memperkenalkan langkah baharu dalam pembayaran mata wang asing, beli-belah bebas cukai, pelancongan kesihatan, dan sebagainya untuk memudahkan para pelancong serta memperkasa sektor pelancongan serantau.

Menurut sebuah platform pelancongan China, Thailand terdepan antara destinasi pelancongan asing yang paling hangat dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina, jauh mendahului tempat kedua. Menurut tinjauan Pameran Pelancongan Antarabangsa pada Disember 2022, 76 peratus daripada agensi pelancongan China menyenaraikan Asia Tenggara sebagai destinasi pelancongan asing pilihan utama orang China.

Pada tahun 2023, dengan integrasi ekonomi serantau dipercepat, kerjasama perdagangan bakal menjadi lebih erat dan interaksi rakyat akan menjadi lebih kerap, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada pemulihan ekonomi serantau mahupun dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan