99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dunia Alu-alukan Pelancong China

(CRI)Khamis 12 Januari 2023

China akan terus mengoptimumkan dan menyesuaikan langkah-langkah yang berkaitan dengan COVID-19 mengikut perkembangan situasi wabak, bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat, lancar dan teratur, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu.

Beberapa negara mutakhir ini mengambil tindakan untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong China, susulan pelaksanaan langkah baharu China dalam menyelaraskan dasar pembendungan COVID-19.

Sebagai contoh, tiga jemaah menteri Thailand yang diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok pada Isnin, untuk menyambut kedatangan pelancong dari China. Sementara itu Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancongan Thailand, Vachirachai Sirisumpan turut hadir dan menyatakan "China dan Thailand adalah satu keluarga” dalam bahasa Mandarin.

Maldives dalam pengumuman menerusi portal Kementerian Luar dan akaun Twitter menyatakan bahawa negara itu mengalu-alukan langkah China menyelaraskan dasar membabitkan pergerakan rentas sempadan, dan pihaknya menanti-nantikan pelancong China berkunjung ke Maldives dengan secepat mungkin.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menzahirkan harapan untuk menerima dua juta pelancong China pada tahun ini.

Di Indonesia, pihak berkuasa turut mengambil inisiatif dengan mengerahkan kakitangan kerajaan yang berbahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan pelancong China, sementara agensi pelancongan tempatan telah menawarkan pakej pelancongan sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC) untuk menarik kedatangan pelancong China.

Wang Wenbin menyatakan bahawa China akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada rakyat tempatan untuk melancong ke negara-negara tersebut, di samping menambah bilangan penerbangan terus antara China dengan negara-negara terbabit.

“China akan terus menyumbang kepada usaha memerangi COVID-19 di dunia dan pemulihan ekonomi global,” ujar Wang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan