99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Industri Makanan Halal Rapatkan Pendalaman China dan ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 29 Januari 2023

Gansu, satu provinsi pendalaman China mempunyai kepercayaan dan amalan yang agak mirip dengan beberapa negara ASEAN. Kini budaya makanan menjadi pemicu bagi mendorong pertukaran antara provinsi itu dan negara-negara ASEAN.

Tahun-tahun kebelakangan ini, Gansu yang terletak di laluan Jalan Sutera Darat, beransur-ansur mendorong pengeksportan dan mempertingkat kerjasama perdagangan dengan negara-negara ASEAN yang terletak di laluan Jalan Sutera Maritim seperti Malaysia, Thailand, Singapura dan Vietnam. Pada tahun 2022, jumlah nilai import dan eksport antara provinsi Gansu dan ASEAN mencatat 5.88 bilion yuan, iaitu tumbuh 84.6% tahun ke tahun. Antaranya, produk halal seperti daging lembu dan kambing serta produk pertanian merupakan penyumbang baharu bagi pertumbuhan tersebut.

Provinsi Gansu mempunyai Daerah Autonomi Linxia yang berpenduduk etnik Hui, manakala negara-negara ASEAN mempunyai populasi muslim yang besar. Mereka agak mirip dari segi amalan pemakanan dan barang keperluan harian. Ini membawa manfaat kepada pengeksportan makanan halal keluaran provinsi Gansu. Demikian maklum Chen Weizhong, Ketua Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Provinsi Gansu dan juga wakil Kongres Rakyat Gansu, ketika diwawancara sempena sesi kongres di sana baru-baru ini.

Pada tahun 2016, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Pusat Pensijilan Makanan Halal Linxia, Gansu sebagai agensi pensijilan makanan halal yang bertaraf antarabangsa di China. “Pengiktirafan ini memungkinkan industri makanan halal provinsi Gansu melangkau ke pasaran antarabangsa,” kata Chen. Beliau turut menyarankan untuk memanjangkan lagi senarai eksport produk halal serta menganjurkan pesta makanan halal dan mengajak ahli perniagaan negara-negara ASEAN datang melawat.

Di bandar Gannan yang juga dikenali sebagai “Ibu Kota Susu Yak China”, industri tenusu halal pula yang menjadi perantara bagi mengeratkan hubungan perdagangan antara provinsi Gansu dengan negara-negara ASEAN.

Liaoyuan Dairy Group yang ditubuhkan pada 1953 dan berpangkalan di Gannan kini menjual produk tenusunya ke Pakistan serta beberapa negara lain yang juga terletak di sekitar Jalan Sutrea, ujar pengarah pangkalan penjinakannya, Jin Guodong.

Penerbangan komersial dari Lanzhou, ibu provinsi Gansu, ke Bangkok telah disambung semula sejak 26 Januari 2023.

“Pengangkutan yang memudahkan dapat membantu pertukaran membabitkan kedua-dua tempat ini.” Kata Jin, syarikatnya bakal mempromosikan produknya serta budaya etnik tempatan secara dalam dan luar talian kepada pelanggan asing. 

Penerbangan Lanzhou-Bangkok disambung semula pada 26 Januari 2023. (Sumber gambar: Lanzhou Daily)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan